PRODUK TERBARU!

Ahad, 7 Ogos 2011

Harga Emas 999 kini RM190/gram

Sejak semalam index emas telah mencapai kenaikan tertinggi dalam sejarah, untuk rekod, index emas CHL tidak pernah melebihi 6000pts, tetapi semalam index emas naik secara tiba-tiba, ekoran kejatuhan USD sehingga mencecah 6095!! sebelum ianya susut pada petang selasa kepada 6040. FGJAM (federation of Gold Smith & Jewelery Malaysia) di laman mereka telah menaikkan harga retail emas 999 kepada RM190/gram, naik rm7/gram berbanding harga emas pada bulan lepas RM183/gram. Harga emas di bank rakyat pula telah naik mencecah RM187/gram, sebaik-baiknya ini adalah peluang untuk pelabur yang baru melabur untuk overlap keuntungan mereka. Purata harga emas di bank rakyat pada bulan lepas sekitar RM179/gram-RM183/gram.

Harga emas terkini FGJAM:04/08/2011
999 Gold : RM190.00/gm
916 Gold : RM180.00/gm
835 Gold : RM166.00/gm
750 Gold : RM149.00/gm
375 Gold : RM81.00/gm

Agrobank pula bakal menaikkan harga emas 999 kepada 18*/gram berbanding harga sekarang RM176/gram, sekali lagi pelabur emas di Agrobank dapat overlap pelaburan mereka sebanyak RM*/gram, berbanding bulan lepas dengan kenaikan hampir RM11/gram.