PRODUK TERBARU!

Berita Dan Statistik

10 Negara Pemilik Emas Terbesar Di Dunia.

world 10 Pemilik Emas Terbesar di Dunia
Harga emas telah mencecah paras tertinggi pada Ogos lalu menjadikan kenaikan harga emas sebanyak 26% sepanjang tahun 2011. Pemilik terbesar emas didunia merupakan entiti bank negara, badan pentadbiran bank dunia, syarikat multinasional dan kerajaan2 negara dengan jumlah milikan mereka sebanyak 16.5% meliputi sebanyak 30,700 tan emas. Berikut adalah pemilik terbesar emas dunia
1. Amerika Syarikat Jumlah: 8,965 tan
Value : RM1,633.83 bilion
Aset: 74.7% aset asing
Negara kuasa utama ekonomi dunia memiliki emas disimpan di Fort Knox, Kentucky dan beberapa tempat simpanan lagi
2. Jerman Jumlah: 3,747 tan
Value: RM683 bilion
Aset: 71.4% aset asing
Bank Negara Jerman memiliki hampir 3747 tan emas yang disimpan sebagai simpanan asing mereka
3. IMF Jumlah: 3,101 tan
Value: RM565 bilion
Aset: -
Bank Dunia (IMF) yang menguruskan sistem kewangan dunia, beroperasi di 185 negara menyimpan emas untuk menstabilkan pasaran antarbangsa dan memberi bantuan kewangan kepada negara lain.
4. Itali Jumlah: 2,701.9 tan
Value: RM492.38 bilion
Aset: 71.2% aset asing
Bank Negara Itali telah dilaporkan memiliki 2709 tan emas dan sebagai entiti keempat terbesar didunia memiliki simpanan emas.
5. Perancis Jumlah: 2683.8 tan
Value: RM489 bilion
Aset: 66.2% aset asing
Bank Negra Perancis merupakan pemegang utama simpanan emas perancis bernilai hampir RM489 biliion ringgit.
6. SPDR Gold ETF (GLD) Jumlah: 1213 tan
Value: RM221 bilion
Aset: -
Unit amanah pelaburan emas, dimana pelabur boleh membeli unit pelaburan emas disini.
7. China Jumlah: 1161 tan
Value: RM212 bilion
Aset: 1.6% aset asing
Negara yang mempunyai 1.34 bilion penduduk ditempat ke 7?? sebenarnya 1161 tan emas hanya mewakili 1.6%  daripada pelaburan asing China, disamping mereka ada pengeluar emas terbesar didunia.
8. Switzerland Jumlah: 1146.2 tan
Value: RM209 bilion
Aset: 17.8% aset asing
Bank Negara Swiss menyimpan lebih 1146 tan emas berada di tempat ke 8
9. Russia Jumlah: 926 tan
Value: RM169 bilion
Aset: 7.7% aset asing
Russia adalah negara paling aktif membeli emas ketika ini –IMF-, sepanjang 2010, russia telah memotong Jepun dengan membeli 210 tan emas lagi dari IMF.
10. Japan Jumlah: 843.3 tan
Value: RM154 bilion
Aset: 3.3%
Bank Negara Jepun menyimpan lebih 843 bilion emas bernilai hampir RM154 bilion ringgit.
Senarai Negara Asia terbesar memiliki emas selain China dan Jepun
12. India Jumlah: 614.6 tan
Value: RM112 bilion
Aset: 3.3%
Ranking India naik mendadak pada 2009 apabila mereka membeli lebih 200 bilion emas dari IMF
14. Taiwan Jumlah: 466.8 tan
Value: RM85 bilion
Aset: 5.0%
Kepulauan kecil di Laut China Selatan ini berada di tempat ke 14 bagi pemilik emas terbesar didunia, dengan sektor teknologi menjana pendapatan utama negara.
Didalam rekod yang lain (wikipedia), Ranking Negara Asia yang lain pada Dec 2010 adalah seperti berikut
Negara Reserve (tan) Value (RM)
*7. Qatar 950 RM173 bilion
15. Saudi Arabia 322.9 RM58.8 bilion
16. Iran 320 RM58.2 bilion
18. Lebanon 300 RM54.6 bilion
22. Pakistan 184.4 RM33.56 bilion
23. Filipina 175.9 RM32 bilion
26. Singapore 127.4 RM23.2 bilion
34. Thailand 99.5 RM18 bilion
36. Kuwait 79.0 RM14.4 bilion
Dimana Malaysia? Malaysia berada di ranking ke 44 dunia sebagai negara terbesar memiliki emas, lebih tinggi dari Brazil, Korea Selatan dan Ireland.



              

















KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.
Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.
“Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,”
“Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.
Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.
Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.
– BERNAMA
 

 









Emas Pelaburan Masa Depan

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya.
Namun terdapat 2 jenis penggemar emas.
Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan.

Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu.

Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi.

Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja.

Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas perlu dimiliki sebagai rizab bagi sesebuah keluarga atau individu. Ini disebabkan kerana sifat wang kertas itu yang sentiasa mengembang.

Secara umumnya semua orang faham bahawa apabila wang kertas dicetak, nilainya akan turun.

Namun satu perkara yang perlu difahami ialah penurunan nilai wang kertas tidak berlaku sejurus sahaja dicetak.

Pada tahun 1982, keseluruhan wang Ringgit yang di dalam kitaran dan dideposit hanyalah 12.47 bilion.
Pada laporan BNM yang terkini nilai itu meningkat kepada lebih 200 bilion.

Jika kita bandingkan, bilangan wang ringgit telah bertambah 16 kali ganda atau 1600%.

Namun harga barang tidak meningkat 16 kali ganda.

Belum lagi.

Secara kasar, berdasarkan pemahaman ringgit, jika wang dicetak lebih, nilainya turun.
Namun apa yang berlaku ialah nilai lambat turun, tetapi tetap akan turun.

Pembuakan harga emas dalam USD adalah berkait dengan bekalan wang Amerika.

Di Malaysia, kita masih terikut tukaran asing untuk mendapatkan harga emas.

Akan tetapi apabila "Ringgit" dibandingkan dengan emas yang berada di Malaysia, maka akan tahulah nanti berapa nilai ringgit yang sebenar.

Pada kehidupan harian, nilai yang ada pada ringgit itu merosot setiap tahun, pada kadar yang sedikit.
"inflasi 3% , apa kisah"

Namun inflasi sebenar adalah kadar yang lebih tinggi.
Sistem kawalan harga yang membuatkan ianya kelihatan rendah.

Satu hari nanti ia akan membuak jua. Tanda tanda awal ialah "tidak mampu tanggung subsidi".
Pengsubsidian adalah kaedah menyembunyikan inflasi sebenar.

Fungsi emas adalah menyimpan nilai sebenar.

Andai kata 20 gram emas mampu untuk menghantar anak ke universiti.
Maka kalau ada krisis kewangan bagaimana pun, 20 gram emas itu masih mampu untuk menghantar anak ke universiti, walaupun ketika itu 20 gram emas harganya RM 10,000.

Menurut teori ahli kewangan yang tersohor, supaya menyediakan rizab kewangan beberapa bulan gaji.
Maka rizab itu perlu disediakan juga dalam bentuk emas.

Memang kalau boleh tidak mahu ringgit itu runtuh, namun ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk berlaku.

Ketika British memerintah tanah melayu, matawang kertas Straits Dollar digunakan, namun apabila Jepun memerintah Kertas itu tidak lagi laku. Kemudian British datang balik, wang kertas jepun pula tidak laku.

Apa terjadi kalau hasil titik peluh disimpan dalam bentuk wang kertas, lenyap sekelip mata?

Maka, menyimpan emas, adalah menyimpan hasil titik peluh, supaya nilainya tidak merosot akibat membuakan inflasi atau krisis kewangan.
Apa Itu Seig

Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham.

Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai.

Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage.

Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas.

Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap.

Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa.

Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.

Peningkatan 16 kali ganda.

Mana datangnya duit itu?

Nilai kertas yang mewakilkan emas akan turun kalau kertas itu banyak.

Rizab emas BNM telah merosot daripada 72 tan kepada 36 tan, akan tetapi kertas yang mewakilinya bertambah.

Inflasi boleh ditakrif menggunakan 2 cara.
1 cara, ialah kira ikut harga barang, itu yang digembar gemburkan supaya ianya kelihatan sedikit.

Satu cara lagi, ialah mengira berapa kadar kertas itu dikembangkan.
Kertas Ringgit dikembangkan berapa peratus tahun ini
Kertas pound dikembangkan berapa peratus tahun ini.

Dalam kaedah ke dua, peratusannya lebih tinggi daripada kaedah pertama.

Kaedah pertama, kira ikut harga barang, kadar inflasinya boleh disembunyikan dengan mengawal harga yang dikira itu. Bukan sahaja dikawal, malah subsidi diberikan untuk merendahkannya supaya inflasi pengembangan bekalan wang disembunyikan.

Inflasi pengembangan bekalan wang itu tetap ada, walaupun ianya disembunyikan.
Lambat laun ianya tidak boleh disembunyikan lagi, lihat sahaja harga gula, dan minyak.

Kembali kepada persoalan cukai inflasi seigniorage.

Daripada penerangan di atas, menunjukkan walaupun pengembangan wang, tidak mengakibatkan kesan inflasi serta merta.
Apabila Najib mengumumkan belanjawan tambahan 60 billion daripada angin. 60 bilion dicipta untuk digunakan.
Namun kesan inflasi itu bukan berlaku serta merta pada hari ianya dibentangkan.

Bila kesannya akan bertindakbalas? belum lagi.

60 billion itu boleh digunakan oleh kerajaan secara hutang.
Hutang kepada siapa 60 bilion itu?
Akan diterangkan selepas ini.

Daripada belanjawan 2010, telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan adalah RM362.5 bilion.
Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah 18.3 peratus kepada RM362.5 bilion pada akhir 2009 (akhir 2008: 14.9 peratus: RM306.4 bilion) terutamanya disebabkan peningkatan pinjaman dalam negeri untuk memenuhi keperluan pembiayaan.
Hutang kepada siapa hutang itu?
Sejak kecil kita diajar bahawa, kalau berhutang, maka perlu dibayar, akan tetapi dalam sistem ekonomi sebegini, ianya adalah hutang yang tidak dibayar.


Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.

Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.

Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.

Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.
Seandainya Ahmad, menyimpan nilai RM 2500 dlam bentuk emas untuk membeli lembu, maka apabila dia hendak membeli lembu 10 tahun daripada sekarang, maka emas itu cukup untuk membeli lembu. Ahmad terlepas daripada membayar cukai inflasi.

Itulah fungsi emas yang sebenar, iaitu menyimpan nilai, dan juga melindungi daripada Seigniorage cukai inflasi.

Maka hasil titik peluh bekerja perlu disimpan dalam bentuk emas supaya tidak dicukai dalam bentuk seigniorage oleh kerajaan.