PRODUK TERBARU!

Sejarah EMAS


Sejak dari 6000 tahun dahulu lagi hinggalah zaman sekarang Emas menjadi simbol kekayaan. Emas sememangnya bernilai untuk selama-lamanya , penyimpan nilai yang baik dan tidak boleh dibinasakan. Emas tidak terbakar, tidak reput, tidak berkarat dan sukar diperolehi serta sentiasa bersinar dan cantik. Keistimewaan inilah menyebakan Emas diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai dari dahulu hingga sekarang. Manusia sentiasa tertarik dengan Emas dan mengiktiraf Emas sebagai simbol kekayaan. Sejarah Ketamadunan terkemuka dunia seperti Greek, Rom dan Parsi menggunakan Emas dan Perak sebagai mata wang mereka.

KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS

map lydian empire KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS
Empayar Kerajaan Lydia
lydian gold KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS
Syiling Emas The Lydia Lion
Sekitar 2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan Syiling Emas pertama dunia,The Lydian Lion. Ia menunjukkan bahawa sejak ribuan tahun dahulu manusia sudah tertarik kepada Emas, mengiktiraf dan menggunakannya sebagai simbol kekayaan dan matawang untuk urusan jual beli harian.

Emas sentiasa bernilai hari ini dan di masa hadapan

ayat al quran KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS

Petikan dari Al Quran Surah Al-Hajj ayat 23
Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada Emas dan mutiara sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya.Ini jelas menunjukkan bahawa Emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak.

HARGA EMAS SENTIASA MENINGKAT DALAM JANGKA MASA PANJANG
Jika dilihat kepada trend peningkatan Harga Emas, sememangnya sejak 10 tahun yang lalu Harga Emas sentiasa meningkat. Lihat sendiri graf Harga Emas dibawah.

6mth gold1 KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS
Graf Harga Emas Dalam Tempoh 6 Bulan
1 year graf1 KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS
Graf Harga Emas Dalam Tempoh 1 Tahun
5 years graf1 KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS
Graf Harga Emas Dalam Tempoh 5 Tahun
10 years graf1 KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS

Graf Harga Emas Dalam Tempoh 10 Tahun
Purata kenaikan minimun Harga emas adalah sekitar 25% – 30% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung? Jika anda kawin pada tahun 2001, Barang Kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, Emas 916 mencecah harga RM161 segram!!

EMAS JUGA SENTIASA MENGEKALKAN KUASA BELINYA DALAM JANGKAMASA PANJANG
 
Kajian terhadap Kuasa Beli Emas dan indeks komoditi oleh Prof. Jastram yang dijelaskan di dalam buku pelaburan emas “The Golden Constant”– The English and American Experience 1560-2007? daripada Sekolah Pengurusan Perniagaan University of California.

the golden constant KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS
The Golden Constant Karangan Prof. Roy W. Jastram
“ Kami mendapati Kuasa Beli Emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″.
Ini menunjukkan Kuasa Beli Emas amat stabil, kuasa beli anda tetap sama pada hari ini dan pada masa hadapan jika anda membuat Pelaburan Emas.
Contoh yang sentiasa diperkatakan adalah dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.
Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”
Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Percaya atau tidak jika pada Zaman Rasulullah 1 Dinar boleh membeli seekor kambing pada masa sekarang dengan 1 Dinar anda masih lagi boleh membeli seekor kambing ? Fikir-fikirkan !!!!

NILAI WANG KERTAS SENTIASA JATUH DALAM JANGKAMASA PANJANG

Senang saja, sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket untuk belanja ke sekolah.
Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang tahun 2011? RM 5 sehari pun rasanya tidak cukup.
Alahai bagaimana pula 10 tahun akan datang? Cuba lihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% daripada tahun 1971 – 2006.

kuasa beli dolar KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS

Graf Kuasa Beli 1 USD dari tempoh 1971 – 2007 (sumber www.dollardaze.org)
 Sekarang lihat pula graf kenaikan Harga Emas dan Graf Penurunan Kuasa Beli Wang Kertas

dollar vs emas KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS
Graf Nilai Emas vs USD
Oleh sebab itulah anda digalakkan membeli Emas dan menjadikannya satu pelaburan yang menguntungkan

EMAS ADALAH ASET YANG TERUNGGUL DITERIMA DISELURUH DUNIA
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi Kecairan Emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Perkembangan Institusi Ar-Rahnu di Malaysia memudahkan anda mendapat pinjaman dalam bentuk tunai sehingga 70% daripada nilai Emas anda.
Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan (Harap dijauhkan). Kita lari dengan membawa Emas simpanan kita ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan Emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.
Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.Inilah yang berlaku ketika Perang Vietnam (1955-1975). Beribu-ribu pelarian Vietnam lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa Emas kerana mereka percaya Emas sahaja yang akan di terima di seluruh dunia. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam?

Emas Vietnam KEKAYAAN SEBENAR ADALAH PADA EMAS
Contoh Emas Pelarian Vietnam