PRODUK TERBARU!

Isnin, 8 Ogos 2011

Berita Semasa Tentang Emas!!

Makin banyak Bank Sentral Borong Emas?

Sehingga artikel ini disiarkan,emas telah pun mencecah harga melepasi 1700usd/oz.Penurunan sedikit selepas kenaikan ini adalah normal,tetapi ia akan naik kembali dan bakal cecah harga yang lebih tinggi.Masih ragu-ragu menukarkan simpanan anda kepada emas?Sedangkan bank pusat sendiri menyimpan emas sebagai perlindungan.Mengapa masih tidak yakin?
Sekiranya anda tertanya-tanya “bagaimana saya harus bermula”  atau “bagaimana untuk untung dengan menyimpan emas ini?”,jawapannya ada di dalam blog ini.Bacalah di menu Artikel,Cerita Emas,Dinar dan Dirham,Berita/Analisis Emas dan jika ada kelapangan boleh juga baca yang lain-lain.
Simpanlah emas sekarang kerana ia masih murah berbanding tahun depan!
Berikut berita yang mengatakan semakin banyak Bank Sentral yang membeli dan menyimpan emas.

Makin Banyak Bank Sentral Borong Emas

Selain bank pusat Korea Selatan, bank pusat Thailand, Rusia dan Kazakhstan menambah simpanan emas mereka sejak dua bulan yang lalu.

Emas kembali mencatatkan rekod tertingginya pada perdagangan Kamis (4/8/2011) pekan lalu. Kenaikan harga emas ini didorong oleh semakin meluasnya krisis hutang di Eropah dan kesannya terhadap pertumbuhan serantau sementara data memperlihatkan semakin banyak bank pusat yang membeli emas sepanjang bulan Jun.
AS memang dapat terhindar dari gagal bayar, tetapi fokus beralih pada lembaga pemeringkat kredit yang sudah memberi amaran AS akan diturunkan peringkatnya kerana kewangannya tetap terdedah. 

Perkembangan di Eropah tidak kalah buruknya. Imbal hasil obligasi Itali mencapai titik tertinggi dalam satu dekad lebih, di atas 6 persen.Faktor-faktor tersebut membuat semakin banyak orang yang mencari emas sebagai pelaburan yang selamat.
Sementara itu, sebagaimana diberitakan kompas.com, laporan bulanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan bank pusat di Thailand, Rusia dan Kazakhstan menambah cadangan emas mereka sejak dua bulan yang lalu. Hal ini menggambarkan bank pusat pun sudah mengalihkan sandaran mereka dari wang kertas ke emas.  Harga kontrak emas sudah naik lagi menjadi 1.675,90 dollar AS per troy ounce. Sebelumnya diberitakan bank sental Korea Selatan memborong emas juga, lebih daripada 39 tan.
Jika melihat pasaran bon Eropah, akan terlihat imbal hasil pada bon Itali dan Sepanyol naik menjadi 6 peratus. Sehingga krisis hutang Eropah semakin meluas ke Itali dan Sepanyol. Potensinya lebih berbahaya dibandingkan dengan Greek kerana ekonomi mereka lebih besar.  Emas bertindak balas terhadap hal ini, itulah yang menjadi pendorong utama kenaikannya, ujar Jesper Dannesboe penganalisis komoditi pada Societe Generale.

Data IMF menunjukkan banks pusat Thailand meningkatkan cadangan emas untuk ketiga kalinya dalam tahun lalu.  Emas Thailand bertambah lagi sebanyak 18,66 tan pada Jun sehingga total jumlah cadangan emasnya mencapai 127,524 tan. Semalam, bank pusat Korea juga menyatakan membeli emas untuk pertama kalinya dalam 10 tahun terakhir pada Jun dan Julai lalu. Harga emas sudah naik 17 peratus hingga pertengahan 2011, bererti sudah 11 tahun berturut-turut harganya naik terus. Investor pun terus memburu logam kuning ini.
Dengan adanya Dinar emas masyarakat biasa pun boleh memiliki emas dengan mudah, agar tidak semakin banyak yang ditimbun oleh pra bankster. Kalau tidak syiling emas, milikilah dan gunakan syiling perak, Dirham perak.

Sumber : wakalanusantara.com