PRODUK TERBARU!

Rabu, 24 Ogos 2011

Berita Harian-Melonjak ke paras RM180 segram!

HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90 seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing. Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.

Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.

“Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
 

Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.
“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran.
“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.
sumber :Berita Harian,23.08.2011

Isnin, 22 Ogos 2011

 
Semakin hari semakin meninggi..hari ini harga emas mentah mencecah ketahap paling tinggi dalam sejarah.USD 1900...semakin hari semakin bernilai hasil galian ini. Semakin hari kita dihimpit masalah kenaikan barang keperluan. semakin hari kita berfikir duit simpanan semakin berkurangan..semakin kita berfikir..semakin MUSTAHIL untuk kita menyimpan untuk kehidupan akan datang..fikir-fikirkanlah...

Ahad, 21 Ogos 2011

Harga Terkini Emas Untuk Raya Aidilfitri 2011-update 20/08/2011

Harga Kedai Emas FGJAM naik lagi!!
Berikut ialah harga barang kemas yang terkini di kedai2 emas yang mengikut harga FGJAM ini :
Federation Of Goldsmiths & Jewellers Association Of Malaysia
999 Gold : RM212.00/gm
916 Gold : RM200.00/gm
835 Gold : RM184.00/gm
750 Gold : RM165.00/gm
375 Gold : RM90.00/gm

Nampaknya siapa yang beli barang kemas untuk raya ni,kena keluarkan wang yang lebihlah sebab harga emas semakin naik!!


Isnin, 15 Ogos 2011

Berita:Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir?

Sistem Matawang kertas akan berakhir pada bila-bila masa. Apakah ini benar-benar akan berlaku? jom kita kaji fakta dan artikel dibawah :

Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!
Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441

Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!
Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita... Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...

Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]

Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.
Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article

Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang!
Link: http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html

Ahad, 14 Ogos 2011

Harga Emas Naik Lagi!!!..kita bila lagi?

Harga kedai emas telah dinaikkan lagi  oleh FGJAM.Pastikan anda membuat pilihan terbaik sebelum membeli barang kemas mahupun bar.Banyak kedai emas yang mengikut harga ini,dan ianya TIDAK TERMASUK UPAH.Namun begitu,ada juga kedai emas yang masih menjual dengan harga berpatutan.Elakkan dari tertipu dengan mengikuti tentang harga emas dan info berkaitan.Awas!jangan terbeli emas dengan ketulenan yang dipalsukan.Ada yang menjual emas 916 dengan ketulenan yang rendah.
Cepat betul FGJAM naikkan harga,kalau nak turunkan harga lambat.Kadang-kadang 2 minggu sekali baru update.Lihatlah,harga emas dah cecah RM201/gm !
 
999 Gold : RM201.00/gm
916 Gold : RM190.00/gm
835 Gold : RM175.00/gm
750 Gold : RM157.00/gm
375 Gold : RM85.00gm



Isnin, 8 Ogos 2011

Berita Semasa Tentang Emas!!

Makin banyak Bank Sentral Borong Emas?

Sehingga artikel ini disiarkan,emas telah pun mencecah harga melepasi 1700usd/oz.Penurunan sedikit selepas kenaikan ini adalah normal,tetapi ia akan naik kembali dan bakal cecah harga yang lebih tinggi.Masih ragu-ragu menukarkan simpanan anda kepada emas?Sedangkan bank pusat sendiri menyimpan emas sebagai perlindungan.Mengapa masih tidak yakin?
Sekiranya anda tertanya-tanya “bagaimana saya harus bermula”  atau “bagaimana untuk untung dengan menyimpan emas ini?”,jawapannya ada di dalam blog ini.Bacalah di menu Artikel,Cerita Emas,Dinar dan Dirham,Berita/Analisis Emas dan jika ada kelapangan boleh juga baca yang lain-lain.
Simpanlah emas sekarang kerana ia masih murah berbanding tahun depan!
Berikut berita yang mengatakan semakin banyak Bank Sentral yang membeli dan menyimpan emas.

Makin Banyak Bank Sentral Borong Emas

Selain bank pusat Korea Selatan, bank pusat Thailand, Rusia dan Kazakhstan menambah simpanan emas mereka sejak dua bulan yang lalu.

Emas kembali mencatatkan rekod tertingginya pada perdagangan Kamis (4/8/2011) pekan lalu. Kenaikan harga emas ini didorong oleh semakin meluasnya krisis hutang di Eropah dan kesannya terhadap pertumbuhan serantau sementara data memperlihatkan semakin banyak bank pusat yang membeli emas sepanjang bulan Jun.
AS memang dapat terhindar dari gagal bayar, tetapi fokus beralih pada lembaga pemeringkat kredit yang sudah memberi amaran AS akan diturunkan peringkatnya kerana kewangannya tetap terdedah. 

Perkembangan di Eropah tidak kalah buruknya. Imbal hasil obligasi Itali mencapai titik tertinggi dalam satu dekad lebih, di atas 6 persen.Faktor-faktor tersebut membuat semakin banyak orang yang mencari emas sebagai pelaburan yang selamat.
Sementara itu, sebagaimana diberitakan kompas.com, laporan bulanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan bank pusat di Thailand, Rusia dan Kazakhstan menambah cadangan emas mereka sejak dua bulan yang lalu. Hal ini menggambarkan bank pusat pun sudah mengalihkan sandaran mereka dari wang kertas ke emas.  Harga kontrak emas sudah naik lagi menjadi 1.675,90 dollar AS per troy ounce. Sebelumnya diberitakan bank sental Korea Selatan memborong emas juga, lebih daripada 39 tan.
Jika melihat pasaran bon Eropah, akan terlihat imbal hasil pada bon Itali dan Sepanyol naik menjadi 6 peratus. Sehingga krisis hutang Eropah semakin meluas ke Itali dan Sepanyol. Potensinya lebih berbahaya dibandingkan dengan Greek kerana ekonomi mereka lebih besar.  Emas bertindak balas terhadap hal ini, itulah yang menjadi pendorong utama kenaikannya, ujar Jesper Dannesboe penganalisis komoditi pada Societe Generale.

Data IMF menunjukkan banks pusat Thailand meningkatkan cadangan emas untuk ketiga kalinya dalam tahun lalu.  Emas Thailand bertambah lagi sebanyak 18,66 tan pada Jun sehingga total jumlah cadangan emasnya mencapai 127,524 tan. Semalam, bank pusat Korea juga menyatakan membeli emas untuk pertama kalinya dalam 10 tahun terakhir pada Jun dan Julai lalu. Harga emas sudah naik 17 peratus hingga pertengahan 2011, bererti sudah 11 tahun berturut-turut harganya naik terus. Investor pun terus memburu logam kuning ini.
Dengan adanya Dinar emas masyarakat biasa pun boleh memiliki emas dengan mudah, agar tidak semakin banyak yang ditimbun oleh pra bankster. Kalau tidak syiling emas, milikilah dan gunakan syiling perak, Dirham perak.

Sumber : wakalanusantara.com

Ahad, 7 Ogos 2011

Harga Emas 999 kini RM190/gram

Sejak semalam index emas telah mencapai kenaikan tertinggi dalam sejarah, untuk rekod, index emas CHL tidak pernah melebihi 6000pts, tetapi semalam index emas naik secara tiba-tiba, ekoran kejatuhan USD sehingga mencecah 6095!! sebelum ianya susut pada petang selasa kepada 6040. FGJAM (federation of Gold Smith & Jewelery Malaysia) di laman mereka telah menaikkan harga retail emas 999 kepada RM190/gram, naik rm7/gram berbanding harga emas pada bulan lepas RM183/gram. Harga emas di bank rakyat pula telah naik mencecah RM187/gram, sebaik-baiknya ini adalah peluang untuk pelabur yang baru melabur untuk overlap keuntungan mereka. Purata harga emas di bank rakyat pada bulan lepas sekitar RM179/gram-RM183/gram.

Harga emas terkini FGJAM:04/08/2011
999 Gold : RM190.00/gm
916 Gold : RM180.00/gm
835 Gold : RM166.00/gm
750 Gold : RM149.00/gm
375 Gold : RM81.00/gm

Agrobank pula bakal menaikkan harga emas 999 kepada 18*/gram berbanding harga sekarang RM176/gram, sekali lagi pelabur emas di Agrobank dapat overlap pelaburan mereka sebanyak RM*/gram, berbanding bulan lepas dengan kenaikan hampir RM11/gram.