PRODUK TERBARU!

Rabu, 20 April 2011

Khidmat Peti Simpanan

Sekiranya memiliki kuantiti emas yang banyak dan merasakan tidak selamat atau bimbang menyimpan di rumah maka menyewa peti simpanan bank adalah langkah yang terbaik. Ini adalah kerana setiap peti simpanan atau safe deposit box yang terdapat di bank-bank yang tertentu telah direkabentuk dengan ciri-ciri keselamatan yang dapat menjamin kandungan simpanan berkeadaan baik. Apa yang lebih penting lagi adalah peti simpanan tersebut telah dilindungi dengan insuran. Justeru itu penyimpan tidak terlalu rugi sekiranya barang yang disimpan telah hilang, terbakar dan sebagainya. Berikut adalah contoh saiz dan harga sewaan bagi peti simpanan . Data ini saya perolehi di bank-bank sekitar pusat bandar Alor Setar.

Public Bank
Saiz Peti 3 x 10 x 24in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM150---Deposit RM200--Jumlah RM360
Saiz Peti 5 x 10 x 24in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM180---Deposit RM200--Jumlah RM390
Saiz Peti 10 x 10 x 24in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM220---Deposit RM200--Jumlah RM430

CIMB Bank
Saiz Peti 3 x 5 x 19in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM100---Deposit RM150--Jumlah RM260
Saiz Peti 5 x 5 x 19in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM100---Deposit RM150--Jumlah RM260
Saiz Peti 5 x 10 x 19in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM160---Deposit RM150--Jumlah RM320
Saiz Peti 10 x 10 x 19in---Cukai Stem RM10---Sewaan Setahun RM200---Deposit RM150--Jumlah RM360

  • Mempunyai akaun simpanan di bank tersebut
  • Kunci diserah 2unit dimana bank tidak memegang kunci tersebut, sekiranya kunci hilang maka duit deposit akan diambil oleh pihak bank.
  • Boleh membuka peti pada waktu operasi bank sahaja.
  • Kebiasaannya insuran adalah nilai RM10 ribu.
Sekiranya ingin menambah nilai insuran (Merujuk Insuran syarikat LONPAC insuran)
Perlindungan RM20k , tambahan premium tahunan = RM18 setahun + Cukai Stem RM10 = RM28
Perlindungan RM30k , tambahan premium tahunan = RM24 setahun + Cukai Stem RM10 = RM34
Perlindungan RM50k , tambahan premium tahunan = RM48 setahun + Cukai Stem RM10 = RM58
Perlindungan RM100k , tambahan premium tahunan = RM96 setahun + Cukai Stem RM10 = RM106
Perlindungan RM150k , tambahan premium tahunan = RM144 setahun + Cukai Stem RM10 = RM154
Perlindungan RM200k , tambahan premium tahunan = RM180 setahun + Cukai Stem RM10 = RM190