"ALLAH SWT jadikan DUA logam yang bernilai (EMAS DAN PERAK) sebagai pengukur kepada barangan dagangan.Logam ini seringkali dijadikan ukuran KEKAYAAN seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri, akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan EMAS DAN PERAK. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran, sedangkan EMAS dan Perak tidak ." - IBNU KHALDUN -
Assalamualaikum kepada pembaca dan pelanggan fikiremas. Dapatkan barang kemas 24 karat (999) terbaru iaitu Bangle Pulasan dan juga Rantai Tangan Bunga Pasir Padu untuk kepuasan dan pilihan kepada pelanggan GCP dan fikiremas!!..HOT ITEM!..Panazzz dipasaran...dapatkan SEGERA!!..hubungi kami untuk HARGA TERBAIK...kepuasan pelanggan matlamat kami.
Pandangan Hadapan
Pandangan Sisi
Rantai Tangan Bunga Pasir (30g, 50g & 100g)
`Jika Anda Lihat Ianya Cantik Tidak Semestinya Cantik Nilainya. Jika Anda Melihat Nilai Yang Cantik Pasti Anda Mendapat Manfaat daripada kedua-duanya.' fikir-fikirkanlah!
1. Keselamatan (Security) Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.
2. Perlindungan (Protection) Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.
3. Mudah Dicairkan (High Liquidity) Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu dan ramai lagi
4. Menguntungkan (Profitable) Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.
5. Mudah Dipindahkan (Portable) Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.
6. Tahan Lama (Durable) Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.
7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship) Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya dirumah atau di peti simpanan(safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan. Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.
8. Sangat peribadi (Total Privacy) Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas seperti Public Bank GIA atau Maybank GSPA sekalipun akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di era digital money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve.Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Walaupun spreadyang kecil, tetapi, anda tidak boleh melihat, pegang, atau memajaknya.
Public Bank Gold Investment Account (GIA) merupakan produk yang sama seperti Maybank GSPA. Tidak boleh dijual pada bila-bila masa yang anda mahu.
Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas.Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.
9. Risiko rendah (Low Risk) Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan lansung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil. p.s: risiko rompakan terhadap apa benda dan aset kita sekalipun adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga wang kertas yang tambahan pula terdedah pada risiko terbakar, bencana alam & sebagainya.
10. Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free) Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan, dan banyak lagi. Jadi, semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baikpulih, kos maintainence, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, If you choose fine gold, fee become free..!
Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindah milik atau dipenjarakan mungkin terjadi.
11. Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride) Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula.
Seronok kan bila dengar tentang kelebihan dan keuntungan simpanan emas? Rasa tak sabarkan rasanya nak membuat simpanan emas? TAPI kita kena ingat, benda yang diciptakanNYA banyak kelebihan semestinya ada PERKARA YANG WAJIB yang perlu kita laksanakan...untuk keberkatan DUNIA dan AKHIRAT
Firman Allah s.w.t:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu” (Surah At-Taubah: 34-35)
LONDON (komoditi Online): Jika kadar faedah AS kekal rendah,Goldakhirnya boleh capai lebih daripada 2,000 auns, kata Deutsche Bank.Bank itu melihat emas sebagai logam berharga yang pada masa ini yang paling berdaya tahan,dalam masa yang sama pertumbuhan ekonomi global di bawah tekanan.
“Kami melihat perlindungan ekor-acara seperti pecah zon euro sebagai mengekalkan permintaan bagi sektor swasta emas. Menariknya, walaupun terdapat peningkatan yang kukuh dalam harga emas tahun ini, keuntungan harga emas telah berada di bawah berbanding dengan paras AS kadar faedah sebenar.
Analisis Deutsche Bank menunjukkan bahawa sejak tahun 1970, apabila kadar faedah sebenar Amerika Syarikat telah jatuh di bawah tolak 3%, harga emas telah biasanya meningkat sebanyak purata setahun 40%. “Atas dasar ini, jika kadar sebenar kekal pada paras semasa tertekan, ia akan membayangkan satu langkah di atasUSD2, 000/oz hanya menunggu masa,” kata wakil Deutsche Bank.
By Allen Sykora of Kitco News; asykora@kitco.comOleh Allen Sykora Kitco News; asykora@kitco.com
Tahukah anda kos menunaikan haji jika menggunakan dinar semakin berkurangan?kenapa? Apa maknanya?..jom kita renungi carta dibawah...
Sesiapa yang ada niat nak tunaikan haji,bolehlah mula menyimpandinarmulai sekarang.
Tahun 2002 – 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar
Tahun 2003 – 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar
Tahun 2004 – 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar
Tahun 2005 – 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar
Tahun 2006 – 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar
Tahun 2007 – 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar
Tahun 2008 – 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar
Tahun 2009 – 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar
Tahun 2010 – 1 Dinar = RM 645.00, perlu 15 Dinar
Tahun 2011 – 1 Dinar – RM 825.00, perlu 13 Dinar
Jika anda menyimpan wang kertas,anda harus menambah simpanan wang kertas anda dari semasa ke semasa kerana kos yang meningkat. hajat tinggal hajat je la..sebelum terlambat dan terlelap utk selamanya..bermula dari sekarang!..fikir-fikirkan lah!
"SELAMAT MENYAMBUT IBADAH QURBAN" `keberkatan rezeki berpunca daripada sumber yang halal...'
Ramai yang gembira tentang pengumuman budjet 2012 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri kita. Yang paling menggembirakan adalah kakitangan dan pesara kerajaan yang mendapat kenaikan gaji. tentu macam2 perkara dalam fikiran masing-masing. Oleh itu..dinasihatkan berjimatlah dari sekarang untuk masa depankita dan keluarga kita. jangan boros!!buatlah simpanan emas dari sekarang..itu diakui sendiri oleh pakar ekonomi Dato Salleh Majid (bekas presiden BSKL).
jom borong semasa harga emas tengah rendah sekarang! sementara ianya belum kembali melambung tinggi, rebutlah peluang untuk menambah simpanan emas anda!
PRODUK PAVILION EMAS SDN. BHD.
(anak syarikat GCP)
BANGLE 999 (24k)
Kepada kaum hawa yang ingin memiliki koleksi barang kemas!..Bangle daripada
produk Pavilion Emas (anak syarikat GCP) yang berketulenan 999 (24k) dikeluarkan demi memberi kepuasan kepada pelanggan2..Harga diskaun kepada pelanggan Fikiremas!Simpanlah Emas untuk masa hadapan!
Dengar kata harga jatuh banyak dalam bulan SEPTEMBER ni?eh betul ke? pelaburan emas ni mcm pelaburan lain ke?harga turun dan terus turun ke?alamakk..rugi la saya macam ni??
hahhha..agak2 rugi tak kalau emas jatuh?? Saya pasti dan tersangat yakin, bagi mereka yang masih baru dalam dunia emas ni pasti akan cakap R.U.G.I nyaaaaa emas jatuh..betul tak??
Ok..jangan panik..jangan bertindak terburu-buru..jangan runsing..jangan tension..apa yang anda perlu buat ialah :
Ingat!!
matlamat pelaburan emas ni....
EMASadalah pelaburanJANGKA PANJANG!!
ingat kan??.nak melabur dalam emas ni, bermakna kita bersetuju untuk melabur untuk jangka panjang!
Bagi mereka yang nak untung cepat dalam jangka pendek..saya tak nak JANJI emas ni pelaburan yang terbaik untuk anda..tapi bagi mereka yang betul2 faham matlamat pelaburan emas ni..pelaburan jangka panjang, insyaAllah pilihan anda dalam melabur emas ni adalah yang terbaik..sebab ape??
"Gold is Asset is Money"
Emas adalah suatu aset..Aset yang tidak susut nilai..tak macam kereta ke motor ke..tapi Emas adalah aset yang mana nilainya sentiasa meningkat. Jadi, secara tak langsung..bila ada aset yang x susut nilai ni..secara automatik kita dianggap ade DUIT..
Dari mana datang nye duit ni??
1. Jualan
Sudah semestinya, kalau dah ade aset, kalau kita nak pakai duit, boleh la kita jual emas kita tu..anytime!
2. Pajakan
Tapi, kalau jual emas kita tu, rasa sayang pulak..kan emas sentiasa naik harga??iskk sayang la pulak nak jual..jadi, apa yang kita bleh buat ialah dengan pergi pajak emas kita tu..!! kalau kita simpan aset lain? (boleh pajak ke?) hehehehe....camne tu??hehheheh
Jadi, ape perlu saya buat kalau harga emas tgh rendah?
1. Jangan jual lagi
MATLAMAT kita adalah nak melabur..melabur ni = nak cari untung..betul tak?? jadi, bila harga emas tengah rendah jgn la pi jual pulak..ni bukan pelaburan namanya,..ni namanya peleburan! hehehe
2. Tambah stock
Hish, gile ke ape..?? harga emas tengah jatuh pastu nak suruh tambah stok pulak..?? rugi la camni..harga ema s tengah jatuh kita nak beli..tak nak la beli!!!
Haaa..sebab tu ramai org beli time emas mahal..sebab masa rendah diorg tak mau beli…tapi bila dah naik baru nak beli kan??betul tak?betul tak? hehehe..
SEBAB apa orang beli time mahal?..cer teka..cer teka? 1. masa emas tengah murah semua takut nak beli..sebab takut beli barang yg tiada nilai.. 2. terlupa emas ni pelaburan jangka panjang..trend emas dalam jangka panjang ...trend menaik! 3. takut bila emas tengah naik harga akan naik dan naik dan naikkkkkkkkkkk…. 4. sebab memang sikap orang kita suka menunggu je..nak tunggu harga emas turun balik..tp tak mau nak turun dah..hehe (saya penah jadi camni dulu..harap2 la kawan2 yg len x ikut cara saya..boleh di anggap pengalaman pahit tu!!)..tapi bila turun taknak pulak beli..banyak cekadak la pulak!!!..heheheh
3. Borong
Kalau jatuh harga lagi, borong la…tunggu ape lagi...
Begitulah manipulasi pihak yahudi dan golongan freemason memainkan peranan dalam menghidupkan riba.Mereka akan sering memberian tekanan harga pada kedua komoditi emas dan perak selagi yang boleh, asalkan sistem riba dan faedah perbankan mereka akan terus berjalan seperti biasa. Mereka sudah kaya dan menakluki ekonomi dunia sudah berkurun lamanya.Dengan menggunakan konsep supply & demand manipulation, harga emas dan perak boleh ditekan daripada terus naik. Sebaik sahaja mereka menjual dengan banyak emas dan perak simpanan mereka ke pasaran dunia, maka harga kedua komoditi ini terus menurun akibat daripada jumlah supply yang tinggi melepasi jumlah demand.
Namun, seperti apa yang pernah disebut oleh pakar-pakar analisis komoditi, walaupun tekanan harga akan sering berlaku dan manipulasi harga akan terus dimainkan oleh golongan berkepentingan ini, komoditi emas dan perak akan terus mengukuh kembali setelah tekanan harga tamat. Ini kerana, tekanan yang dikenakan dari manipulasi mereka hanyalah bersifat sementara sahaja atas dasar sentimen spekulasi pasaran yang liar. Setelah tekanan tamat, harga emas dan perak akan kembali meningkat naik dan 'claim' nilainya yang sebenar. Konsep ini sama seperti konsep 'spring'. Apabila tekanan dikenakan, saiz spring akan menyusut untuk sementara waktu. Dan sebaik sahaja tekanan ke atas spring tadi dilepaskan, daya untuk spring tadi melantun tinggi adalah sangat tinggi. Lagi kuat tekanan tadi dikenakan ke atasnya, maka lagi tinggilah daya lantunan spring akan terhasil. Cuba perhatikan trend harga komoditi emas di tahun-tahun yang lepas sebelum tibanya perayaan tahun baru cina seperti berikut.
Oleh itu, melalui konsep yang sama juga, lagi hebat dan kuat tekanan pasaran ke atas komoditi emas dan perak ini, maka lagi tinggilah harganya akan melonjak sebaik sahaja sentimen spekulasi dan manipulasi pasaran berakhir ke atas harga komoditi emas dan perak dunia. Sekarang adalah antara waktu terbaik untuk mula melabur dalam emas bagi yang baru bercita-cita untuk membelinya. Manakala ianya juga, waktu yang ideal bagi pelabur emas untuk menambah koleksi simpanan kekayaan mereka yang sebenar. Ini kerana, dalam waktu yang terdekat di sekitar tahun baru cina dan selepasnya, tekanan pasaran ke atas kedua komoditi emas dan perak akan berakhir. Harga emas dan perak akan mula memulih kembali. Lantunan harga yang tinggi akan dijangka seperti biasa. Sebelum waktu itu tiba, ambillah peluang anda untuk melabur dalam emas anda sekarang!
Percayalah kita kepada Al-Quran & Hadis... sabda Rasulullah:-"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"..Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
Saham-saham di bursa saham eropah jatuh pada dagangan hari ini dengan penurunan tertinggi berlaku di Paris sebanyak 4%. Penurunan ini terjadi akibat tekanan krisis dan risiko hutang yang semakin besar di Eropah.
Harga surat hutang yang diterbitkan oleh Greece dan Itali hari ini jatuh menjunam mengakibatkan nilai bunga pinjaman meningkat tinggi.
Nilai tukaran matawang euro hari ini ditutup lebih rendah berbanding dollar (usd) menyebabkan pelabur mengalihkan pelaburan mereka keluar eropah ekoran sentimen risiko hutang tersebut. Sementara itu, harga emas yang naik melebihi $1900 per.ounce USD semalam mulai pada awal hari ini.
Gabernor Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet mengingatkan keperluan bijaksana bank pusat Greece bagi usaha penyelamatan kedua menangani krisis hutang negara tersebut. Sementara itu, Pengarah IMF, Christine Lagarde, meminta bank bank utama eropah pmenyedian modal besar untuk terus bertahan dalam krisis hutang yang kini melanda kuasa utama Eropah.
Pada awal dagangan hari ini, bursa Paris jatuh 4%, London jatuh 2.45%, Franfurt jatuh 3.85% manakala bursa Madrid jatuh 3.63% dan Milan turun 3.67%
Bursa asia juga turut mengalami nasib yang sama dipimpin oleh kejatuhan Bursa Saham Tokyo 1.68%.
Sebelum ini, Kerajaan Amerika Syarikat menuntut gantirugi bernilai USD 200 bilion daripada institusi perbankan ekoran krisis suprime yang melanda negara tersebut tahun 2008 lalu, ini termasuk 1 bilion dari setiap 17 bank yang mengakibatkan krisis besar hutang tahun lalu.
Tuntutan tersebut mengakibat Bank bank utama yang berpangkalan di eropah berada.pada.zon merah dalam dagangan hari ini.
Semakin hari semakin ramai masyarakat sedar tentang kebaikan dan kelebihan simpanan emas berbanding wang kertas. semakin hari semakin banyak info dalam web-web mahupun blog-blog tentang untungnya simpan emas.
Hari ini aku nak cerita sedikit pasal emas rakan sekerja.
Sambil bersembang-sembang, aku cuba ceritakan sedikit pasal harga emas semasa sekarang ni. semakin hari semakin meningkat.kebetulan rakan sekerja ku masih menyimpan resit lama barang kemas yang dibelinya untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena hari perkahwinannya. menurut katanya sudah lama resit tersebut tidak dilihatnya sedangkan barang kemas tersebut masih lagi ada dalam simpanan isterinya sehingga hari ini. Hatinya cukup gembira apabila melihat emas 916 yang dibelinya kali pertama pada tahun 2005 hanyalah berjumlah RM59/g. dan kali keduanya pada tahun2007 berharga RM82/g..jika dihitungnya..sudah berbaloi untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan. namun katanya ianya akan disimpan sehingga betul-betul diperlukan dalam waktu tertentu sahaja. Syabas kepada kawan sekerja ku!
Emas 916 yang dibeli pada tahun 2005
Emas 916 yang dibeli pada tahun 2007
Melihat situasi diatas, cuba anda semua bayangkan kalaulah kita menyedari dari dahulu lagi, sudah tentu banyak faedah dan keuntungan yang kita perolehi. Jika dibandingkan dengan harga emas yang semakin melonjak sehingga ke hari ini, dimana harga kedai emas untuk 916 adalah RM205/g,(rujuk fgjam) kenaikan dari 2005 - 2011 adalah sebanyak247% iaitu naik sebanyak RM 146/g.Wow..itu baru 5-6 tahun...kenaikan ASB 9% setahun pun tak boleh melepasi peratus tersebut!
HARGA emas terus melonjak ke paras tertingginya dalam sejarah iaitu pada AS$1,888.90seaun atau kira-kira RM180 segram semalam berikutan kebimbangan berterusan kemungkinan ekonomi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kemelesetan berganda, di samping krisis hutang di Eropah yang semakin meruncing. Keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini menggalakkan pelabur memilih untuk melabur dalam logam berharga itu kerana ia antara pelaburan lindung nilai yang terbaik ketika krisis ekonomi. Ketua Penyelidik Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pihaknya menjangkakan harga emas bakal mencecah paras AS$1,900 seaun dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan dolar AS secara berterusan dan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi sekali lagi di AS.
Beliau berkata, pihaknya juga melihat harga emas mempunyai potensi untuk mencecah paras AS$2,000 seaun menjelang akhir tahun ini berikutan permintaan tinggi terhadap logam berharga itu kerana pelabur lebih gemar melabur dalam emas ketika ketidaktentuan pasaran dunia.
“Penurunan penarafan hutang AS menggalakkan pemegang bon AS menjual pegangan masing-masing dan membeli emas. Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi baru di AS serta kelemahan dolar juga mendorong harga emas untuk melonjak ke paras tertinggi,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Kebanyakan penganalisis pasaran sebelum ini menjangkakan permintaan bagi emas akan terus meningkat pada masa depan terutama dari China dan India didorong peningkatan pendapatan boleh guna di kedua-dua negara itu.
Mereka melihat keadaan tidak menentu di AS dan Eropah yang berlarutan juga menggalakkan bank pusat seluruh dunia meningkatkan rizab emas masing-masing.
“Prospek ekonomi AS yang malap berserta data ekonomi yang lemah ditambah krisis hutang Eropah yang semakin meruncing telah mendorong harga emas terus melonjak lebih daripada sukuan sejak Julai lalu,” jelas seorang penganalisis pasaran.
“Kami tidak melihat sebarang faktor positif yang dapat menyokong ekonomi AS dalam tempoh beberapa bulan ini,” tambahnya.
Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.
sumber :Berita Harian,23.08.2011
Isnin, 22 Ogos 2011
Semakin hari semakin meninggi..hari ini harga emas mentah mencecah ketahap paling tinggi dalam sejarah.USD 1900...semakin hari semakin bernilai hasil galian ini. Semakin hari kita dihimpit masalah kenaikan barang keperluan. semakin hari kita berfikir duit simpanan semakin berkurangan..semakin kita berfikir..semakin MUSTAHIL untuk kita menyimpan untuk kehidupan akan datang..fikir-fikirkanlah...
Sistem Matawang kertas akan berakhir pada bila-bila masa. Apakah ini benar-benar akan berlaku? jom kita kaji fakta dan artikel dibawah :
Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas!
Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441
Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu!
Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/
Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini...bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita... Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan...
Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...di mana tiada apa yang bernilai...dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]
Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya...memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011.
Link:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article
Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang!
Link: http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html
Harga kedai emas telah dinaikkan lagi oleh FGJAM.Pastikan anda membuat pilihan terbaik sebelum membeli barang kemas mahupun bar.Banyak kedai emas yang mengikut harga ini,dan ianya TIDAK TERMASUK UPAH.Namun begitu,ada juga kedai emas yang masih menjual dengan harga berpatutan.Elakkan dari tertipu dengan mengikuti tentang harga emas dan info berkaitan.Awas!jangan terbeli emas dengan ketulenan yang dipalsukan.Ada yang menjual emas 916 dengan ketulenan yang rendah.
Cepat betul FGJAM naikkan harga,kalau nak turunkan harga lambat.Kadang-kadang 2 minggu sekali baru update.Lihatlah,harga emas dah cecah RM201/gm !
Sehingga artikel ini disiarkan,emas telah pun mencecah harga melepasi 1700usd/oz.Penurunan sedikit selepas kenaikan ini adalah normal,tetapi ia akan naik kembali dan bakal cecah harga yang lebih tinggi.Masih ragu-ragu menukarkan simpanan anda kepada emas?Sedangkan bank pusat sendiri menyimpan emas sebagai perlindungan.Mengapa masih tidak yakin?
Sekiranya anda tertanya-tanya “bagaimana saya harus bermula” atau “bagaimana untuk untung dengan menyimpan emas ini?”,jawapannya ada di dalam blog ini.Bacalah di menu Artikel,Cerita Emas,Dinar dan Dirham,Berita/Analisis Emas dan jika ada kelapangan boleh juga baca yang lain-lain.
Simpanlah emas sekarang kerana ia masih murah berbanding tahun depan!
Berikut berita yang mengatakan semakin banyak Bank Sentral yang membeli dan menyimpan emas.
Makin Banyak Bank Sentral Borong Emas
Selain bank pusat Korea Selatan, bank pusat Thailand, Rusia dan Kazakhstan menambah simpanan emas mereka sejak dua bulan yang lalu.
Emas kembali mencatatkan rekod tertingginya pada perdagangan Kamis (4/8/2011) pekan lalu. Kenaikan harga emas ini didorong oleh semakin meluasnya krisis hutang di Eropah dan kesannya terhadap pertumbuhan serantau sementara data memperlihatkan semakin banyak bank pusat yang membeli emas sepanjang bulan Jun.
AS memang dapat terhindar dari gagal bayar, tetapi fokus beralih pada lembaga pemeringkat kredit yang sudah memberi amaran AS akan diturunkan peringkatnya kerana kewangannya tetap terdedah.
Perkembangan di Eropah tidak kalah buruknya. Imbal hasil obligasi Itali mencapai titik tertinggi dalam satu dekad lebih, di atas 6 persen.Faktor-faktor tersebut membuat semakin banyak orang yang mencari emas sebagai pelaburan yang selamat.
Sementara itu, sebagaimana diberitakan kompas.com, laporan bulanan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan bank pusat di Thailand, Rusia dan Kazakhstan menambah cadangan emas mereka sejak dua bulan yang lalu. Hal ini menggambarkan bank pusat pun sudah mengalihkan sandaran mereka dari wang kertas ke emas. Harga kontrak emas sudah naik lagi menjadi 1.675,90 dollar AS per troy ounce. Sebelumnya diberitakan bank sental Korea Selatan memborong emas juga, lebih daripada 39 tan.
Jika melihat pasaran bon Eropah, akan terlihat imbal hasil pada bon Itali dan Sepanyol naik menjadi 6 peratus. Sehingga krisis hutang Eropah semakin meluas ke Itali dan Sepanyol. Potensinya lebih berbahaya dibandingkan dengan Greek kerana ekonomi mereka lebih besar. Emas bertindak balas terhadap hal ini, itulah yang menjadi pendorong utama kenaikannya, ujar Jesper Dannesboe penganalisis komoditi pada Societe Generale.
Data IMF menunjukkan banks pusat Thailand meningkatkan cadangan emas untuk ketiga kalinya dalam tahun lalu. Emas Thailand bertambah lagi sebanyak 18,66 tan pada Jun sehingga total jumlah cadangan emasnya mencapai 127,524 tan. Semalam, bank pusat Korea juga menyatakan membeli emas untuk pertama kalinya dalam 10 tahun terakhir pada Jun dan Julai lalu. Harga emas sudah naik 17 peratus hingga pertengahan 2011, bererti sudah 11 tahun berturut-turut harganya naik terus. Investor pun terus memburu logam kuning ini.
Dengan adanya Dinar emas masyarakat biasa pun boleh memiliki emas dengan mudah, agar tidak semakin banyak yang ditimbun oleh pra bankster. Kalau tidak syiling emas, milikilah dan gunakan syiling perak, Dirham perak.