Semakin hari semakin ramai masyarakat sedar tentang kebaikan dan kelebihan simpanan emas berbanding wang kertas. semakin hari semakin banyak info dalam web-web mahupun blog-blog tentang untungnya simpan emas.
Hari ini aku nak cerita sedikit pasal emas rakan sekerja.
Sambil bersembang-sembang, aku cuba ceritakan sedikit pasal harga emas semasa sekarang ni. semakin hari semakin meningkat.kebetulan rakan sekerja ku masih menyimpan resit lama barang kemas yang dibelinya untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena hari perkahwinannya. menurut katanya sudah lama resit tersebut tidak dilihatnya sedangkan barang kemas tersebut masih lagi ada dalam simpanan isterinya sehingga hari ini. Hatinya cukup gembira apabila melihat emas 916 yang dibelinya kali pertama pada tahun 2005 hanyalah berjumlah RM59/g. dan kali keduanya pada tahun 2007 berharga RM82/g..jika dihitungnya..sudah berbaloi untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan. namun katanya ianya akan disimpan sehingga betul-betul diperlukan dalam waktu tertentu sahaja. Syabas kepada kawan sekerja ku!
Emas 916 yang dibeli pada tahun 2005
Emas 916 yang dibeli pada tahun 2007
Melihat situasi diatas, cuba anda semua bayangkan kalaulah kita menyedari dari dahulu lagi, sudah tentu banyak faedah dan keuntungan yang kita perolehi. Jika dibandingkan dengan harga emas yang semakin melonjak sehingga ke hari ini, dimana harga kedai emas untuk 916 adalah RM205/g,(rujuk fgjam) kenaikan dari 2005 - 2011 adalah sebanyak 247% iaitu naik sebanyak RM 146/g.Wow..itu baru 5-6 tahun...kenaikan ASB 9% setahun pun tak boleh melepasi peratus tersebut!
fikir-fikirkanlah.