Percaturan Shamsul Menjadi- Metro Ahad
Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
mohdazam@hmetro.com.my
MENGUNTUNGKAN…Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.
TIGA tahun lalu, dia pernah
berputih mata apabila jongkong emas dibelinya ‘bertukar’ menjadi
jongkong tembaga, menyebabkan dia kerugian RM700,000.
Malah, ketika sibuk mempromosikan
pelaburan emas ditawarkan syarikatnya kepada orang ramai, dia pernah
dituduh penipu kerana dikatakan mengamalkan syarikat perniagaan
berasaskan program Multi Level Marketing (MLM) yang hanya mencuri duit
orang ramai.
- PERIKSA…pekerja GoldCrest Pavilion, Sukri Ngatiman memeriksa kualiti emas yang dijual.
- BANGGA…Shamsul (enam dari kanan) bersama kakitangan GoldCrest Pavilion.
Walaupun banyak rintangan terpaksa
dihadapi, siapa sangka berkat kesabaran menghadapi dugaan ditipu selain
dituduh penipu, Shamsul Anuar Md Ali, 34,
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.
“Gaji diterima sebagai guru pada
waktu itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian, termasuk
membayar hutang rumah dan kereta.
“Jadi, saya dan isteri ketika itu
membuka kelas tuisyen sebaik tamat waktu mengajar. Itupun hanya bertahan
setahun kerana hasil diterima tidak seberapa.
“Selain tuisyen, saya menjalankan
perniagaan sampingan seperti menjual baja, melakukan kerja-kerja
percetakan dan menjadi ejen syarikat MLM, tetapi semuanya hanya sekerat
jalan,” katanya.
Dalam tercari-cari pekerjaan
sampingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan, Shamsul berkata,
bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’ dia menerima tawaran membuka restoran
makanan sendiri pada 2006.
Namun, perniagaan itu yang diharapkan dapat mengubah kehidupannya hanya bertahan dua tahun sebelum dijual kepada orang lain.
“Sebenarnya sewaktu berniaga
makanan, selepas saya buat pengiraan balik, termasuk tenaga yang keluar,
ia langsung tidak berbaloi.
“Untung memang untung, tapi tak
seberapa dengan tenaga dikerah kerana daripada pagi hingga petang, saya
mengajar di sekolah. Bila tamat waktu sekolah, terpaksa terkejar-kejar
untuk membuka restoran pula. Akhirnya selepas berbincang dengan isteri,
kami nekad menutup perniagaan itu,” katanya.
Mengakui bukan senang untuk senang, dia dan isterinya kemudian nekad melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan.
“Mungkin ramai tidak percaya bila mendengar saya dan isteri jadi nelayan, tetapi itulah hakikatnya.
“Selama setahun, saya dan isteri
melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan berikutan terdesak mencari
duit lebih dan selama itu juga saya menyedari bukan senang menjadi
nelayan.“Boleh dikatakan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya. Bagaimanapun, tindakan nekad
memaksa isterinya membuat pinjaman peribadi bagi dilaburkan dalam
perniagaan emas pada 2009 yang mengubah kehidupannya daripada guru
kepada ahli perniagaan berjaya. “Sebenarnya, sewaktu jadi nelayan,
saya banyak berfikir mengenai perniagaan yang masih boleh memberi
keuntungan walaupun barangan itu tidak berjaya dijual kepada pelanggan.
“Akhirnya, saya menyedari ada tiga
perniagaan yang berpotensi untung iaitu terbabit dalam bidang hartanah,
jual beli minyak serta gas atau terbabit dalam perniagaan emas.
“Ketiga-tiga ini kalau tidak laku
sekalipun, nilainya tetap meningkat dan setelah puas berfikir, akhirnya
saya nekad mengkaji perniagaan emas,” katanya.
Namun, Shamsul mengakui bukan
senang untuk senang. Cabaran pertama perlu ditempuhinya apabila adik
beradik serta isterinya enggan menyokong niatnya berikutan banyak
perniagaan diceburi sebelum itu gagal.
“Perasaan saya ketika itu tidak boleh digambarkan kerana orang yang rapat dengan saya meragui kebolehan saya. “Namun kerana nekad, saya paksa
juga isteri membuat pinjaman bersama berjumlah RM300,000 bagi membeli
dua kilogram emas,” katanya.
Ternyata percaturan Shamsul bukan
angan-angan kosong, sebaliknya dalam tempoh sebulan dia berjaya menjual
emas itu dan memperoleh keuntungan RM40,000.
Keuntungan diperolehnya kemudian
dijadikan modal pusingan untuk membeli lebih banyak emas dan tanpa
menoleh ke belakang, dalam tempoh setahun, dia memperoleh keuntungan
sehingga RM23.9 juta.
Menurut Shamsul, sepanjang tiga
tahun berkecimpung dalam perniagaan emas, dia puas berikutan berjaya
membuktikan kegagalan masa lalu bukan bermakna seseorang itu akan gagal
selama-lamanya.
Bagi berkongsi kejayaan, Shamsul
berkata, dia juga kini bukan sekadar menawarkan khidmat jual beli emas,
malah menawarkan peluang kepada orang ramai menjadi pengedar produk emas
yang dihasilkan di bawah jenama GCP Pavilion.
“Saya rasa ini antara cara yang boleh saya lakukan untuk menolong orang ramai, khususnya Bumiputera, untuk berjaya dengan hidup.
“Ini kerana emas tidak seperti
benda lain. Ia sentiasa mempunyai harga, dan walaupun ada ketika
nilainya susut, itu cuma untuk jangka masa singkat,” katanya.Shamsul berkata, potensi jual beli
emas sentiasa terbuka berikutan emas sememangnya diiktiraf sebagai aset
paling berharga dan tidak akan susut nilai dari dulu, kini dan pada
masa depan.
Kerana itu juga, dia kini
mensasarkan lebih ramai rakyat di negara ini melabur dalam pelaburan
emas berikutan ia satu-satunya aset yang mampu bertahan walaupun keadaan
ekonomi dunia jatuh merudum, sekali gus memberi kesan kepada kadar mata
wang sesebuah negara.
Bagaimanapun, bagi merealisasikan
hasratnya, dia mengakui perlu mengikis perspektif negatif kebanyakan
masyarakat di negara ini yang lebih bergantung kepada duit sebagai aset simpanan.
“Ini yang menjadi masalah
kebanyakan masyarakat masa kini kerana ramai antara kita melihat duit
itu lebih bernilai berbanding emas.
“Masyarakat lebih gemar menyimpan
duit yang hanya memberikan faedah yang tidak seberapa. Kini tugas saya
untuk memberi kefahaman kepada mereka supaya duit ditukar kepada emas
berikutan harga emas lebih menguntungkan,” katanya.
Shamsul berkata, GCP sebagai
syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya kini turut menawarkan
bimbingan kepada masyarakat dalam sistem pelaburan
emas.
emas.
“Emas bukan seperti hartanah, simpanan di bank, saham atau sebagainya. Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi.“Emas adalah aset mudah tunai dan
mempunyai kecairan paling cepat, di mana atau pada bila-bila masa saja
pemiliknya boleh menjual semula jika mengalami masalah kewangan.
“Kami mahu membantu masyarakat
celik mengenai emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan
portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami membantu masyarakat
meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.
Menjelaskan potensi pelaburan
emas, Shamsul berkata, emas adalah barangan berharga yang digunakan
banyak industri berasaskan teknologi elektronik dan barangan elektrik
kerana emas adalah antara pengalir arus elektrik yang terbaik.
Sumber : Metro Ahad, 27 April 2012
Link : http://www.hmetro.com.my/articles/PercaturanShamsulmenjadi/Article/artikelMA