PRODUK TERBARU!

Khamis, 9 Ogos 2012

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 2012

Nampaknya tahun 2012 ramai orang bercerita tentang emas sekarang...Banyak sumber diperolehi drp internet..ada yg bercerita tentang pelaburan emas..antara yang popular ;-
- labur awal tahun dapat dividen akhir tahun..last2 duit hilang emas entah kemana...
- dengar citer orang terus je beli tanpa ada usul periksa..last2 bila nak gadai untuk pakai duit..emas palsu!
- buat teknik arrahnu. Bila harga rendah terus terikat untuk tebus..last2 emas kena lelong..aduhhh!!
- dengar citer emas boleh untung. bila ada tawaran dgn harga rendah terus je beli dengan semua duit yang ada..last2 bila harga tgh rendah tak leh jual bila nak pakai duit!
- masuk Forex emas..ilmu cetek dan terpedaya promosi besar-besaran internet. tak kena cara terus duit `flush' dan zero sekelip mata!!..hukum syarak dah kata haram tapi nak buat jugak!

Tak terkecuali juga, bank-bank komesial sekarang dah promosi besar-besaran tentang akaun emas..iklan kat tv pun tak habis2 dengan ganjaran emas..promosi sana sini. Tapi adakah kita sedar atau tak sedar? tepuk dada tanya selera..

Jadi bagaimana nak pastikan kaedah dan teknik simpanan emas yang betul? supaya tidak tertipu? tidak rugi?tidak membebankan?

Mudah sahaja!..ikut cara fikiremas

1) Beli bila ada wang
- Jangan gunakan duit perbelanjaan untuk membuat simpanan emas. SEBABNYA?..kehidupan seharian memerlukan wang fiat. gunakan wang simpanan yang betul2 tidak digunakan atau simpanan jangka masa panjang. Rancang dengan bijak..kena bezakan simpanan tetap, simpanan kecemasan dan simpanan perbelanjaan. Bagi yang berniaga gunakan keuntungan perniagaan untuk menyimpan dalam bentuk emas. 1gram @ 10gram @ 1 Dinar sebulan pun sudah memadai..sikit-sikit lama lama berbukit-bukit

2) Beli semasa harga murah
- Untuk mulakan sesuatu simpanan, lebih baik bermula dengan awal tahun. SEBABNYA? bila ada kenaikan atau penurunan harga emas anda dapat lihat % pasaran semasa..bila harga tengah rendah..cepat2 rebut peluang (seperti harga sekarang!..pasaran emas tidak menentu dan trendnya menurun..)..Ramai yang takut bila harga jatuh sedangkan masa nilah sesuai untuk membeli..harga rendah..duit jimat..gram lebih...tapi kita lupa pada tokey2 atau pemborong emas sedang rancak memborong. di awal tahun dan harga tengah rendah untuk di jual pada musim perayaan / harga melambung tinggi..jadi..Yang kaya bertambah kaya lah jawabnya...fikir-fikirkan lah...

3) Beli Secara Konsistan
- Ramai yang tak sedar akan kelebihan simpanan emas..duit gaji, bonus, duit overtime dan lebihan pendapatan di salurkan kepada gajet2 terkini, pakaian yang branded2, beg dan kasut yang mahal, aksesori kenderaan dan sebagainya. Up to date la katakan..sedar tak sedar duit dlm kocek kosong!...jadi buat perubahan pada diri dan ekonomi anda..Apakata tetapkan target atau cita-cita untuk membuat simpanan emas sikit demi sedikit setiap bulan..sebagai contoh bermula 1 gram atau 1 dinar sebulan. ikut kemampuan dan keselesaan ekonomi..Insyaallah...bukan stakat nak up to date je..nak kawen mengejut pun boleh..jadikan ia sebagai hantaran...Sudah terbukti! beberapa pelanggan fikiremas yang bermula dengan 1gram sebulan. sikit demi sedikit perubahan pada diri dan ekonomi mereka. Alhamdulillah...

4) Beli Demi Masa Hadapan
- Trend orang sekarang..simpan duit dlm ASB, Insurans, Tabung Pendidikan demi masa depan untuk anak-anak. bila anak meningkat dewasa dan melanjutkan pelajaran dah ada duit simpanan..PERSOALANNYA adakah yuran atau taraf hidup anak-anak kita sama dengan hari ini?adakah yuran pengajian mereka 15 tahun akan datang masih sama seperti hari ini?

Tetapkan target simpanan setiap anak anda.Contohnya anda ada 2 orang anak dan ingin kan setiap seorang dari mereka mempunyai simpanan emas sebanyak 150g bila dah berumur 18 tahun nanti.Kiraannya begini:

Umur anak sekarang : 3 tahun
18- 3 = 15 tahun
150g / 15 tahun = 10g setahun
Jadi,untuk capai target tersebut anda harus simpan 10g setahun untuk anak anda tersebut.Ini adalah contoh pengiraan dan anda harus mengira mengikut target anda sendiri dan umurnya.

Anda juga boleh rancang simpanan emas untuk pendidikan anak anda.Katakanlah kos sekarang untuk sambung belajar ke IPT adalam RM30k,maybe menyimpan 150g seorang sudah mencukup untuk menanggung kos tersebut nanti.Harga 100g emas 24 sekarang RM190+ dan sudah mencecah lebih RM200+ tempoh hari.Dijangkakan harga emas akan sampai kemuncak pada tahun 2012 atau 2015.Pada masa itu,harga emas akan menjadi terlalu mahal dan hanya mampu dibeli oleh orang-orang kaya.

2. Simpan 100g atau 15 keping dinar jika anda ingin menunaikan haji.
3.Simpan untuk diri sendiri dan niat juga untuk diinfakkan sebahagiannya mengikut kemampuan anda.

4.Simpan 100g untuk kos perkahwinan dan dinar boleh dibuat hantaran.Nilai hantaran bakal isteri anda makin lama makin naik.

 5) Beli dengan ILMU
- Ramai yang terpedaya sendikit emas palsu..terpedaya dengan skim pelaburan yang akhirnya merugikan. Ada yang mengambil jalan pintas untuk kaya cepat!..akhirnya dari biasa terus ke papa kedana. terpegaruh dengan trend sekarang, ramai berpusu-pusu membeli emas tanpa usul periksa. dari mana datangnya emas?dengan siapa berurusan?tiada pengesahan ketulenan?tiada sijil?dari pihak ketiga?..Oleh itu jangan terpedaya dengan janji-janji manis seseorang yang anda belum kenal..Faham dulu konsep simpanan emas. buatlah kajian dan penelitian melalui sumber-sumber yang sah supaya anda tidak tertipu..INGAT! EMAS TIDAK BOLEH MEMBUATKAN ANDA KAYA DENGAN SERTA MERTA TETAPI IA BOLEH MENGELAKKAN ANDA DARI TERUS MISKIN..fikir-fikirkanlah!

Bermulalah sekarang,walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram!




Khamis, 19 Julai 2012

FIKIR EMAS MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT IBADAH PUASA
KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

Ahad, 27 Mei 2012

Metro Ahad 27/5/2012-Percaturan Samsul Menjadi

Percaturan Shamsul Menjadi- Metro Ahad

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB
mohdazam@hmetro.com.my
MENGUNTUNGKAN...Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.MENGUNTUNGKAN…Shamsul menunjukkan pelbagai jenis emas ditawarkan GoldCrest Pavilion.
TIGA tahun lalu, dia pernah berputih mata apabila jongkong emas dibelinya ‘bertukar’ menjadi jongkong tembaga, menyebabkan dia kerugian RM700,000.
Malah, ketika sibuk mempromosikan pelaburan emas ditawarkan syarikatnya kepada orang ramai, dia pernah dituduh penipu kerana dikatakan mengamalkan syarikat perniagaan berasaskan program Multi Level Marketing (MLM) yang hanya mencuri duit orang ramai.
    Foto
  •  PERIKSA…pekerja GoldCrest Pavilion, Sukri Ngatiman memeriksa kualiti emas yang dijual.
  • Foto 
  • BANGGA…Shamsul (enam dari kanan) bersama kakitangan GoldCrest Pavilion.
Walaupun banyak rintangan terpaksa dihadapi, siapa sangka berkat kesabaran menghadapi dugaan ditipu selain dituduh penipu, Shamsul Anuar Md Ali, 34,
kini boleh berbangga apabila perniagaan diceburinya berjaya membuahkan hasil.
Dengan modal permulaan sebanyak RM300,000 untuk memulakan syarikat di bawah nama GoldCrest Pavilion (GCP) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2009, kini Shamsul Anuar mampu tersenyum bangga apabila keuntungan diperoleh meningkat berkali ganda mencecah RM40 juta, sekali gus melayakkannya bergelar antara jutawan Bumiputera.
Menceritakan bagaimana dia boleh berkecimpung dalam bidang perniagaan sedangkan pendidikan tertinggi diterimanya melayakkan dia memegang status guru, Shamsul Anuar yang lebih mesra dipanggil Shamsul berkata, segala-galanya bermula pada 2005 apabila dia terpaksa melakukan pekerjaan sampingan bagi mencari duit lebih.
“Gaji diterima sebagai guru pada waktu itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan harian, termasuk membayar hutang rumah dan kereta.
“Jadi, saya dan isteri ketika itu membuka kelas tuisyen sebaik tamat waktu mengajar. Itupun hanya bertahan setahun kerana hasil diterima tidak seberapa.
“Selain tuisyen, saya menjalankan perniagaan sampingan seperti menjual baja, melakukan kerja-kerja percetakan dan menjadi ejen syarikat MLM, tetapi semuanya hanya sekerat jalan,” katanya.
Dalam tercari-cari pekerjaan sampingan yang boleh mendatangkan hasil lumayan, Shamsul berkata, bagaikan ‘bulan jatuh ke riba’ dia menerima tawaran membuka restoran makanan sendiri pada 2006.
Namun, perniagaan itu yang diharapkan dapat mengubah kehidupannya hanya bertahan dua tahun sebelum dijual kepada orang lain.
“Sebenarnya sewaktu berniaga makanan, selepas saya buat pengiraan balik, termasuk tenaga yang keluar, ia langsung tidak berbaloi.
“Untung memang untung, tapi tak seberapa dengan tenaga dikerah kerana daripada pagi hingga petang, saya mengajar di sekolah. Bila tamat waktu sekolah, terpaksa terkejar-kejar untuk membuka restoran pula. Akhirnya selepas berbincang dengan isteri, kami nekad menutup perniagaan itu,” katanya.
Mengakui bukan senang untuk senang, dia dan isterinya kemudian nekad melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan.
“Mungkin ramai tidak percaya bila mendengar saya dan isteri jadi nelayan, tetapi itulah hakikatnya.
“Selama setahun, saya dan isteri melakukan pekerjaan sampingan sebagai nelayan berikutan terdesak mencari duit lebih dan selama itu juga saya menyedari bukan senang menjadi nelayan.“Boleh dikatakan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada ketikanya dapat ikan, ada ketika langsung tak dapat seekor pun hatta anak ikan,” katanya. Bagaimanapun, tindakan nekad memaksa isterinya membuat pinjaman peribadi bagi dilaburkan dalam perniagaan emas pada 2009 yang mengubah kehidupannya daripada guru kepada ahli perniagaan berjaya. “Sebenarnya, sewaktu jadi nelayan, saya banyak berfikir mengenai perniagaan yang masih boleh memberi keuntungan walaupun barangan itu tidak berjaya dijual kepada pelanggan.
“Akhirnya, saya menyedari ada tiga perniagaan yang berpotensi untung iaitu terbabit dalam bidang hartanah, jual beli minyak serta gas atau terbabit dalam perniagaan emas.
“Ketiga-tiga ini kalau tidak laku sekalipun, nilainya tetap meningkat dan setelah puas berfikir, akhirnya saya nekad mengkaji perniagaan emas,” katanya.
Namun, Shamsul mengakui bukan senang untuk senang. Cabaran pertama perlu ditempuhinya apabila adik beradik serta isterinya enggan menyokong niatnya berikutan banyak perniagaan diceburi sebelum itu gagal.
“Perasaan saya ketika itu tidak boleh digambarkan kerana orang yang rapat dengan saya meragui kebolehan saya. “Namun kerana nekad, saya paksa juga isteri membuat pinjaman bersama berjumlah RM300,000 bagi membeli dua kilogram emas,” katanya.
Ternyata percaturan Shamsul bukan angan-angan kosong, sebaliknya dalam tempoh sebulan dia berjaya menjual emas itu dan memperoleh keuntungan RM40,000.
Keuntungan diperolehnya kemudian dijadikan modal pusingan untuk membeli lebih banyak emas dan tanpa menoleh ke belakang, dalam tempoh setahun, dia memperoleh keuntungan sehingga RM23.9 juta.
Menurut Shamsul, sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam perniagaan emas, dia puas berikutan berjaya membuktikan kegagalan masa lalu bukan bermakna seseorang itu akan gagal selama-lamanya.
Bagi berkongsi kejayaan, Shamsul berkata, dia juga kini bukan sekadar menawarkan khidmat jual beli emas, malah menawarkan peluang kepada orang ramai menjadi pengedar produk emas yang dihasilkan di bawah jenama GCP Pavilion.
“Saya rasa ini antara cara yang boleh saya lakukan untuk menolong orang ramai, khususnya Bumiputera, untuk berjaya dengan hidup.
“Ini kerana emas tidak seperti benda lain. Ia sentiasa mempunyai harga, dan walaupun ada ketika nilainya susut, itu cuma untuk jangka masa singkat,” katanya.Shamsul berkata, potensi jual beli emas sentiasa terbuka berikutan emas sememangnya diiktiraf sebagai aset paling berharga dan tidak akan susut nilai dari dulu, kini dan pada masa depan.
Kerana itu juga, dia kini mensasarkan lebih ramai rakyat di negara ini melabur dalam pelaburan emas berikutan ia satu-satunya aset yang mampu bertahan walaupun keadaan ekonomi dunia jatuh merudum, sekali gus memberi kesan kepada kadar mata wang sesebuah negara.
Bagaimanapun, bagi merealisasikan hasratnya, dia mengakui perlu mengikis perspektif negatif kebanyakan masyarakat di negara ini yang lebih bergantung kepada duit sebagai aset simpanan.
“Ini yang menjadi masalah kebanyakan masyarakat masa kini kerana ramai antara kita melihat duit itu lebih bernilai berbanding emas.
“Masyarakat lebih gemar menyimpan duit yang hanya memberikan faedah yang tidak seberapa. Kini tugas saya untuk memberi kefahaman kepada mereka supaya duit ditukar kepada emas berikutan harga emas lebih menguntungkan,” katanya.
Shamsul berkata, GCP sebagai syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya kini turut menawarkan bimbingan kepada masyarakat dalam sistem pelaburan
emas.
“Emas bukan seperti hartanah, simpanan di bank, saham atau sebagainya. Emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi.“Emas adalah aset mudah tunai dan mempunyai kecairan paling cepat, di mana atau pada bila-bila masa saja pemiliknya boleh menjual semula jika mengalami masalah kewangan.
“Kami mahu membantu masyarakat celik mengenai emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami membantu masyarakat meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar
GCP, di mana harga yang pengedar beli daripada GCP jauh lebih murah berbanding di pasaran,” katanya.
Menjelaskan potensi pelaburan emas, Shamsul berkata, emas adalah barangan berharga yang digunakan banyak industri berasaskan teknologi elektronik dan barangan elektrik kerana emas adalah antara pengalir arus elektrik yang terbaik.
Sumber : Metro Ahad, 27 April 2012
Link : http://www.hmetro.com.my/articles/PercaturanShamsulmenjadi/Article/artikelMA

Jumaat, 25 Mei 2012



TEMUI KAMI DI PERCINT 11, PUTRAJAYA PADA 25hb. SEHINGG 27hb. MEI 2012
REBUTLAH PELUANG UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT BERKENAAN DENGAN SIMPANAN EMAS UNTUK MASA HADAPAN!!.

DAFTARLAH SEBAGAI PENGEDAR SAH DIKAWASAN ANDA. BANYAK KELEBIHAN YANG DIPEROLEHI. 
CABUTAN BERTUAH BAGI MEREKA YANG MENDAFTAR AWAL
hubungi wakil kami, Pn Maimunah untuk keterangan lebih lanjut

Soal Jawab EMAS

SOAL JAWAB EMAS

1. Saya buat pinjaman peribadi dan beli Emas? Bukankah membeli emas secara berhutang adalah dilarang dalam Islam?
Islam melarang jual beli emas secara hutang hanya dalam transaksi tersebut sahaja. Contohnya;,
  1. Tuan membeli 10g emas hari ini dan pembayaran hanya dibuat 30 hari kemudian. Atau,
  2. Tuan membayar RM 1,500 hari ini dan hanya menerima emas tanpa sebarang bukti atau resit pembelian 3 minggu selepas itu.
Manakala membuat pembiayaan bank untuk membeli emas pula adalah dibenarkan. Dalam situasi tersebut, tuan berhutang dengan bank dan bukannya penjual emas. Apa yang penting selepas mendapat duit dari bank, pembelian emas dibuat secara tunai.
Sekiranya tuan meminjam dari bank, pastikan pembiayaan peribadi tersebut mengikut dan patuh kepada syariah Islam (digalakkan pinjaman daripada bank-bank Islam)

Jika membuat pinjaman dari bank konvensional maka tuan masih terlibat dengan riba.
Dalam erti kata lain, proses pembiayaan bank adalah transaksi A. Manakala, membeli emas pula adalah transaksi B. Maka, pastikan transaksi B berlaku secara tunai.

2. Apakah hukum membeli emas pada harga yang rendah kemudian dijual semula dengan harga tinggi untuk mendapatkan keuntungan? Misalnya, membeli emas pada RM 150/g dan menjual semula pada RM 180/g. Adakah ini perbuatan riba?
 Itulah yang dikatakan jual beli yang difahami oleh tuan semua. Secara umumnya Islam tidak melarang jual beli. Apa yang mesti tuan fahami adalah jual beli tersebut mesti berlaku secara tunai.
Hanya jual beli emas yang tidak berlaku secara tunai adalah riba.

3. Bank mana yang menawarkan akaun pelaburan emas PATUH SYARIAH?
Akaun pelaburan emas diperkenalkan oleh bank-bank. Bank-bank Islam mahupun bank-bank konvensional tidak mahu terlepas untuk membuat untung dari kenaikan mendadak harga emas yang berlaku.
Keunikan akaun pelaburan emas di bank adalah tuan tidak perlu menyimpan emas secara fizikal. Walaupun begitu, masih ada kos yang perlu tuan perhalusi, dan ini berbeza dari satu bank ke satu bank yang lain. Sehingga artikel ini ditulis, hanya akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance House (KFH) dan al-Rajhi Bank yang dapat disahkan akaun pelaburan emas yang halal.
4 . Bagaimana dengan peluang pelaburan emas yang memberikan dividen ?
Pelaburan emas tidak memberikan dividen. Sekiranya tuan ditawarkan dengan pelaburan emas yang menawarkan dividen bulanan, suku tahunan atau tahunan maka sila berhati-hati.

Jangan terlibat dalam skim pelaburan emas yang meragukan sebegitu kerana khuatir ia adalah skim cepat kaya yang mahu menipu orang ramai.

5. Apakah perbuatan membeli emas, gadai dengan syarikat ar-Rahnu, beli emas lagi, gadai lagi dan seterusnya dibenarkan dalam Islam?
Strategi berkenaan dari sudut hukum tidak ada larangan yang mengharamkannya. Apa yang penting pembelian dibuat secara tunai dan gadaian dibuat dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan skim pajak gadai Islam.Walaupun begitu, tuan mesti sentiasa berhati-hati apabila mahu menggunakan strategi sebegini kerana harga emas ada turun naiknya.Selagi mana harga emas sentiasa naik maka tiada masalah, tetapi jika berlaku kejatuhan harga emas yang teruk tuan pasti berhadapan dengan masalah yang besar.
6. Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?
Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut. Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

7 . Bolehkah saya membuat locking harga?
Harga pasaran emas menjadi rujukan penjual dan pembeli adalah cuma satu penanda aras sahaja. Sekiranya tuan  bersetuju menjadikan harga tersebut sebagai harga jual beli, maka tuan tertakluk dengan syarat tersebut.
Namun sekiranya pihak penjual dan pembeli tidak mahu menjadikan harga semasa emas sebagai harga jual beli, maka jual beli tersebut masih sah. Kedua-dua pihak ada kebebasan untuk menggunakan harga semasa, harga yang lebih tinggi dari harga semasa, atau harga diskaun dari harga semasa.
Apa yang penting adalah selepas tuan bersetuju dengan sebarang harga, maka tuan membuat pembayaran penuh dan penjual dapat memberikan resit bagi memenuhi syarat qabadh.
Sekiranya berlakunya pembayaran ansuran, maka itu adalah RIBA!!!

 SOALAN TAMBAHAN DAN POPULAR: Apakah hukum pelaburan emas secara online?
Apabila Islam meletakkan syarat jual beli tunai, maka maksudnya pembeli mesti cukup duit dan penjual mesti ada emas semasa jual beli berlaku.
Dalam jual beli online yang tidak membabitkan emas fizikal, maka kebiasaannya ia melibatkan pasaran hadapan yang mana tuan tidak perlu membayar penuh harga emas, penjual pun tidak perlu memiliki emas pada transaksi online itu berlaku.
Kita hanya perlu membuat tekaan turun naik harga semata-mata. Kalau betul kita untung, kalau salah kita rugi. Maka hukumnya sama dengan pelaburan forex iaitu pelaburan sebegitu adalah haram kerana pelaburan secara online sebegitu tidak memenuhi syarat jual beli emas atau/ matawang yang halal di sisi Islam.

Selasa, 17 April 2012

Berita Harian-Emas Bakal Cecah RM6140 Seauns tahun 2013

 Sumber :Berita Harian,13 April 2012
KENAIKAN harga emas ke paras tertinggi melebihi AS$2,000 (RM6,140) seauns yang dijangka dicapai tahun depan, akan memberi petanda bahawa logam berharga itu mencapai paras harga kemuncak dalam aliran meningkat sejak lebih sedekad lalu apabila dasar kewangan di negara ekonomi utama kembali normal, kata Pengerusi Perundingan Logam (GFMS), semalam.
Pasaran dijangka meningkat kepada paras tertinggi baru menjelang awal 2013 selepas bergelut tahun ini ekoran permintaan agak perlahan di pasaran fizikal utama dan kemerosotan tarikan pelaburan untuk jongkong emas, kata Philip Klapwijk.
Harga emas mungkin melepasi AS$2,000 berikutan kebimbangan terhadap krisis hutang zon euro yang berterusan dan prospek berhubung lebih banyak pelonggaran dasar monetari AS, katanya.
“Kami menjangkakan dapat menyaksikan harga emas naik melepasi AS$2,000 pada 2013, namun begitu tahun depan mungkin menjadi sebagai petanda tertinggi untuk pasaran,” kata Klapwijk.
“Ia bergantung kepada sama ada kami melihat beberapa penyelesaian di Eropah yang mencukupi untuk mengambil beberapa langkah mengatasi isu berakhirnya langkah rangsangan di AS serta prospek normalisasi dasar monetari,” katanya.
Klapwijk berkata, emas dijangka diniagakan sekitar AS$1,530 hingga AS$1,920 seauns pada 2012, dengan harga purata AS$1,731 seauns.
Harga akhir tertinggi yang dipaparkan sedikit di bawah rekod tahun lalu iaitu AS$1,920.30 seauns yang dicatatkan pada September.
“Apa yang kita lihat adalah penangguhan berikutnya kepada kenaikan harga tertinggi,” kata Klapwijk sebelum melancarkan laporan GFMS Gold 2012.
“Paras harga melepasi AS$2,000 seauns mungkin akan melihat lebih banyak cerita untuk separuh pertama 2013 berbanding beberapa perkara yang kita akan lihat pada separuh kedua tahun ini,” katanya.
Melihat kepada unjuran untuk bekalan dan permintaan tahun ini, beliau menunjukkan kepada lebihan asas dalam pasaran yang mana dolar akan berjumlah AS$130 bilion.
Kaitan emas dengan aset lain seperti saham, dolar dan euro masih berubah secara berterusan.Dalam tiga suku pertama 2011, kebanyakan emas didagangkan selaras dengan dolar berikutan pelabur membeli kedua-dua aset sebagai pelaburan selamat. Namun pada enam minggu terakhir, emas didagangkan berbanding dolar dan selaras dengan komoditi lain.
Walaupun kini emas kurang terdedah kepada turun naik dalam pasaran ekuiti, Klapwijk berkata, harga masih boleh jatuh secara ketara jika wujudnya satu pergerakan yang lebih rendah dalam bekalan. – REUTERS



Selasa, 3 April 2012

Prinsip Yang Kaya Berjaya!!

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya berjaya tidak seperti orang biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa. Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang. Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai. Orang kaya tahu apa yang disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup mereka.

Di sini saya membongkar 12 prinsip kekayaan yang boleh rakan2 ikut:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6.Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8.Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

 9. Mereka benci berbelanja. 

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.

Oleh yang demikian, fikir-fikirkanlan untuk masa depan anda semua..bukan kerana orang lain..tapi untuk diri sendiri




Selasa, 27 Mac 2012

Tahun lepas kami pernah menyiarkan post cerita mengenai pembelian seorang rakan seperjuangan dikedai emas..Hari ini kami REFRESH semula ingatan anda mengenai situasi tersebut untuk panduan bersama.


Semakin hari semakin ramai masyarakat sedar tentang kebaikan dan kelebihan simpanan emas berbanding wang kertas. semakin hari semakin banyak info dalam web-web mahupun blog-blog tentang untungnya simpan emas.
Hari ini aku nak cerita sedikit pasal emas rakan sekerja.
Sambil bersembang-sembang, aku cuba ceritakan sedikit pasal harga emas semasa sekarang ni. semakin hari semakin meningkat.kebetulan rakan sekerja ku masih menyimpan resit lama barang kemas yang dibelinya untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena hari perkahwinannya. menurut katanya sudah lama resit tersebut tidak dilihatnya sedangkan barang kemas tersebut masih lagi ada dalam simpanan isterinya sehingga hari ini. Hatinya cukup gembira apabila melihat emas 916 yang dibelinya kali pertama pada tahun 2005  hanyalah berjumlah RM59/g. dan kali keduanya pada tahun 2007 berharga RM82/g..jika dihitungnya..sudah berbaloi untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan. namun katanya ianya akan disimpan sehingga betul-betul diperlukan dalam waktu tertentu sahaja. Syabas kepada kawan sekerja ku!

Emas 916 yang dibeli pada tahun 2005
(sila klik utk paparan yang lebih jelas)

Emas 916 yang dibeli pada tahun 2007
(sila klik utk paparan yang lebih jelas) 
Melihat situasi diatas, cuba anda semua bayangkan kalaulah kita menyedari dari dahulu lagi, sudah tentu banyak faedah dan keuntungan yang kita perolehi. Jika dibandingkan dengan harga emas yang semakin melonjak sehingga ke hari ini, dimana harga kedai emas untuk 916 adalah RM205/g,(rujuk fgjam-pada bulan november 2011) kenaikan dari 2005 - 2011 adalah sebanyak 247% iaitu naik sebanyak RM 146/g.WOW!!.itu baru 5-6 tahun...kenaikan ASB 9% setahun pun tak boleh melepasi peratus tersebut!
fikir-fikirkanlah.



Isnin, 26 Mac 2012

Harga Kedai Emas FGJAM

Berikut ialah harga barang kemas yang terkini di kedai2 emas yang mengikut harga FGJAM ini :
Federation Of Goldsmiths & Jewellers Association Of Malaysia
999 Gold : RM200.00/gm
916 Gold : RM190.00/gm
835 Gold : RM174.00/gm
750 Gold : RM156.00/gm
375 Gold : RM84.00/gm
(Harga tersebut tidak termasuk kos upah dan 25-30% akan diltolak sekiranya ingin membuat penjualan semula)

Jumaat, 23 Mac 2012

Sebagai Langkah Permulaan!!

Bak kata pepatah...`sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'.Satu Ungkapan yang cukup bermakna bagi mereka yang tidak mempunyai modal yang banyak untuk mendapatkan emas sebagai simpanan di masa hadapan!...Dengan 1 gram pada hari ini mungkin akan menjadi 1kg emas dimasa akan datang sekiranya anda semua memulakannya pada hari ini.

Bayangkan dengan 1 gram setiap bulan yang anda kumpulkan, tidak mustahil suatu hari nanti menjadi aset pelindung dan penyelamat sekiranya anda berada didalam kesempitan...Kerana Apa?..sebab nilai yang ada pada emas adalah bernilai dari hari ke hari. Jadikan ianya amalan untuk menyimpan 1 gram 1 bulan sepertimana anda membuat simpanan ringgit yang belum tentu suatu hari nanti bernilai..Apa tunggu lagi!!.....mulakan 1 gram 1 matlamat 1 amalan...fikir-fikirkanlah

Khamis, 22 Mac 2012

PELUANG KEEMASAN!!..

HARGA EMAS  KEMBALI RENDAH!!!
PELUANG UNTUK ANDA MENAMBAH SIMPANAN EMAS UNTUK MASA HADAPAN

Apa yang ditunggu-tunggu lagi...Masa harga tengah Tinggi...`tunggulah harga rendah skit!'..Nah! sekarang harga betul-betul tengah rendah dek kekangan krisis di Greece dan ekonomi dunia yang dok sibuk cairkan emas utk tujuan hutang piutang negara diaorang..Peluang anda untuk merebut peluang KEEMASAN ini!..jangan tunggu-tunggu lagi..sebelum ianya memecut laju keatas...

MASA SESUAI UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN DENGAN FIKIREMAS..SEBAB APA?..SEBAB FIKIREMAS MEMBUAT TAWARAN HEBAT!.. UNTUK PELANGGAN -PELANGGAN SEMUA DGN HARGA YANG RENDAH..MASA UNTUK MEMBUKA PETI SIMPANAN MINDA ANDA SEMUA BAGI MENAMBAH SIMPANAN EMAS  UNTUK MASA HADAPAN SEKELUARGA!!..
 HUBUNGI : 013-6936715 (fairoz)
                     013-2558512 (Mai)
bagi mendapatkan harga yang istimewa..harga lain dari yang lain!




Selasa, 20 Mac 2012

KEGUNAAN EMAS


Harga emas pada 1 Januari hanyalah 480 dollar/oz. Jatuh kepada 425 dollar/oz pada 1 Disember.

Emas digunakan bukan sahaja sebagai pelaburan tetapi untuk kegunaan penting lain!

Tahukah anda? bahawa emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).
Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated. Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain.
Dengan kata lain...

Lebih banyak teknologi ditemui, lebih
banyak kegunaan emas!


Cuba lihat di sebelah kanan sekali. Perubahan permintaan berlaku antara tahun 2009 dan 2010 adalah sebanyak 43%.
Lebih banyak kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat 7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.
Emas akan mencapai tahap baru dalam harganya, mencecah sehingga $1,600 setiap ounce. Perak akan melonjak daripada harganya sekarang iaitu bawah $30 setiap ounce kepada $35. Dan minyak akan melepasi tahap kekangan, mencapai $100 setiap tong sekali lagi.
- Richard Band
Editor, Profitable Investing

Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT
KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.
7 KUASA BESAR akan menolak emas
sehingga mencapai harga $1,900

Kita biasa mendengar inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat. Kenapa?

Sejak berada pada tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.
Tapi itu hanyalah salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat mendadak adalah atas sebab-sebab lain.
Dengan China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals), permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor's Edition

Sebab Emas #1: Pengeluaran Emas
Tahunan Berkurang

Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali  - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.

Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit...
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!

Sebab Emas #2: Emas Makin Susah Dicari!

Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!
Apabila emas makin susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini...

Sebab Emas #3: Permintaan
Pelaburan Untuk Emas

Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan  yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.
Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.
Dalam ayat World Gold Council sendiri...
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas --- dan mahukannya cepat!
Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!

Sebab Emas #4: Bank Pusat
Sibuk Membeli Emas!

Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.
Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga...

Sebab Emas #5: Gesaan Untuk Mata
Wang Berasaskan Emas

Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama sekali negara-negara Islam.

Sebab Emas #6:Permintaan Emas Hangat Di
Asia

Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang... China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.

Sebab Emas #7: Emas Di Dalam Secular Bull Market

Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.
Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.

Bilakah Keadaan Ekonomi Akan Kembali Buruk? Satu Jawapan: Tiada Siapa Tahu.

Apabila anda bertanya kepada 10 pakar ekonomi. Anda mendapat 10 jawapan berbeza. Mereka akan berbalah, mengeluarkan teori pelbagai tentang keadaan ekonomi. Tapi ada satu perkara yang pasti: tiada siapa tahu bila keadaan ekonomi akan buruk.
Duit Malaysia yang dikatakan kukuh mungkin diserang penyangak mata wang dan menyebabkannya jatuh kembali... walaupun ianya menggunakan "managed float" (dikenali sebagai dirty float sebagai pelabur). Ianya mungkin menyebabkan ramai orang berhenti melabur di Malaysia dan ekonomi semakin buruk.
"Apabila ekonomi menjadi buruk, nilai wang makin rendah dan harga barang makin tinggi, anda boleh menjual emas yang telah anda pegang sebagai sumber kewangan apabila sumber kewangan anda sekarang tidak memberi kuasa membeli sebanyak yang anda perlukan.
Harga makanan di Kelantan sebagai contoh, ada yang sudah naik. Ada yang menyatakan ketiadaan barang sebagai alasan menaikkan harga. Dan ianya mungkin akan menjadi lebih buruk."

Sejarah Membuktikan Berkali-kali Bahawa Emas Pelaburan Terbaik...

Contohnya pada awal tahun 1988, harga emas pada 1 Januari adalah lebih kurang 480 dollar US. Tapi pada 1999, harga emas pada akhir tahun hanyalah lebih kurang 288 dollar US. Tapi kalau kita pergi kepada awal 2011, harga emas sudah mencecah 1375.90 untuk satu oz.

Harga emas sehingga 1414.60 dollar/oz. Peningkatan 3 kali ganda berbanding harga 1988.

Emas akan turun dan naik tetapi ianya akan sentiasa bernilai untuk kegunaan manusia...
Ya... tiada pasaran yang bergerak dengan garis lurus. Tapi siapa yang fikir harga emas takkan melonjak lagi perlu minum kopi dahulu. Walaupun emas meningkat sebanyak 20.9% tahun lepas - itu hanyalah kecil berbanding peningkatan yang akan berlaku selepas ini. Dan ianya mungkin berlalu cepat sehingga semua yang ingat emas akan jatuh merudum - tertinggal di belakang (dan anda tersenyum hingga ke bank!).
2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa menyimpan emas sudah berakhir.
Tapi, seperti yang anda tahu... itu bukan masalahnya!

Isnin, 16 Januari 2012

Konsep Pelaburan Emas di Arrahnu

datuk salleh majid pelaburan emas malaysia

Assalamualaikum...sudah lama tak post berita kat fikir emas..almaklumlah tahun 2012 permulaan tahun yang sungguh sibuk..almaklumlah..anak dah mula melangkah ke alam persekolahan...Apapun tahniah kepada anda dan pelanggan fikir emas kerana sudi melayari blog fikiremas.blogspot.com...Disini saya nak post coretan Datuk Salleh Majid iaitu bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), (sekarang Alhmarhum..semoga roh beliau dicucuri rahmat) semoga info ini berguna kepada anda semua....
Berkenaan konsep pelaburan emas di Ar-Rahnu secara gadai simpan (Ar-Rahnu) , beliau lebih pakar dan berpengalaman didalam sebarang bentuk pelaburan samada ekuiti, bond, forex di Malaysia kerana tugas beliau sebagai Presiden Bursa Saham, dan beliau memilih pelaburan emas secara Ar-Rahnu sebagai konsep pelaburan emas terbaik masa ini. ikuti tulisan beliau dibawah.
Emas… Kilauan merentasi zaman kini menjadi sandaran orang Melayu untuk menjadi Khalifah mentadbir bumi. Sandaran emas yang selama ini sekan-akan “Bayangan Emas” kini menjadi satu pola perubahan kepada masyarakat melayu mempeloporinya untuk merubah kehidupan yang selama ini agak kurang harmoni.
Jika sistem kewangan keluarga disandarkan kepada emas maka ia menjadi simpanan yang menguntungkan dalam jangka panjang dan disinilah Ar-Rahnu memainkan peranannya.
Kelahiran Ar-Rahnu yang semakin bertambah oleh perbankan Islam dan koperasi seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana simpanan yang menguntungkan untuk jangka panjang.
Sistem Gadai Simpan adalah lebih menguntungkan kepada masyarakt kerana ia secara lansung menjadi aset keluarga dan negara. Langkah permulaan ini adalah satu langkah ke arah menuju satu wawasan yang semua orang inginkan iaitu keharmonian.
Cara belian emas yang menguntungkan ialah menggunakan kemudahan Ar-Rahnu dan bagi mengelakkan penipuan, ketulenan emas disahkan oleh pihak ketiga iaitu Ar-Rahnu dan emas disimpan diatas nama pembeli dengan keselamatan emas yang terjamin.
Peluang pelaburan dalam bentuk simpanan emas yang kenaikan purata harga emas sebanyak 27% setahun dan menggandakan nilai harta tidak seharusnya dilepaskan dan usaha yang lepas menunjukkan masyarakt Melayu masih ketinggalan dari segi memiliki kekayaan…
Berita Harian 14 Disember 2011-
Allahyarham Datuk Salleh Majid adalah bekas presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
 fikir-fikirkanlah....