Berita baik bagi pelabur emas 999 di Agro Bank, bermula 3/6/2011, Agro Bank akan menaikkan kadar nilaian semua kualiti emas di Ar-Rahnu AgroB ank untuk emas 999 iaitu naik sehingga RM176/gram berbanding kadar harga sebelum ini iaitu RM165.80/gram. Pelabur dah untung RM10.20/gram (berita baik). Mungkin ramai yang menunggu dan tertanya-tanya sebelum ini, kenapa agro bank lewat menaikkan harga emas berbanding Ar-Rahnu bank rakyat yang telah naik RM172/gram pada bulan lepas.
Pendapat kami merasakan kerana pada april lepas harga emas tidak begitu stabil kerana berlaku naik turun yang tinggi berbanding bulan mei yang dilihat lebih stabil, oleh itu apabila harga emas semakin stabil, Agro Bank mula menaikkan kadar harga emas mereka selepas melihat situasi harga emas di pasaran.