PRODUK TERBARU!

Rabu, 16 November 2011

KELUARAN TERBARU NOVEMBER 2011!!

Assalamualaikum kepada pembaca dan pelanggan fikiremas. Dapatkan barang kemas 24 karat (999) terbaru iaitu Bangle Pulasan dan juga Rantai Tangan Bunga Pasir Padu untuk kepuasan dan pilihan kepada pelanggan GCP dan fikiremas!!..HOT ITEM!..Panazzz dipasaran...dapatkan SEGERA!!..hubungi kami untuk HARGA TERBAIK...kepuasan pelanggan matlamat kami.
 Pandangan Hadapan

 
Pandangan Sisi
Rantai Tangan Bunga Pasir (30g, 50g & 100g)

`Jika Anda Lihat Ianya Cantik Tidak Semestinya Cantik Nilainya. 
Jika Anda Melihat Nilai Yang Cantik
Pasti Anda Mendapat Manfaat daripada kedua-duanya.'
fikir-fikirkanlah!


Kenapa Emas?

1. Keselamatan (Security)
Wang yang disimpan di bank akan hilang secara perlahan-lahan dek caj-caj pengurusan bank, caj kad debit, dan sebagainya. Malah sekiranya, akaun simpanan anda dorman atau tidak aktif, bank mungkin akan memotong beberapa ringgit dari akaun antara RM10-RM30 dan berkemungkinan wang simpanan anda akan terus lesap sepenuhnya apabila pihak bank mengambil tindakan untuk menutup terus akaun tersebut. Simpanan emas anda walaubagaimanapun sama sekali selamat dari caj-caj dan kemungkinan yang berlaku seperti wang kertas kerana ia adalah milik mutlak dan peribadi.



2. Perlindungan (Protection) 
Simpanan dalam bentuk wang fiat kertas akan sentiasa dimamah inflasi setiap hari tetapi tidak pada emas. Nilai emas anda akan sentiasa meningkat. Anda tidak akan hilang kekayaan jika menyimpan emas.





3. Mudah Dicairkan (High Liquidity)
Pelaburan dalam saham, hartanah, properti, kenderaan, bon, barang antik, artifak, lukisan, dan sebagainya tidak mudah dicairkan. Ianya mungkin memerlukan masa yang minimum sehari atau lebih untuk ditukarkan kepada duit bagi urusan transaksi urusniaga seharian. Ini kerana permintaan segera ke atasnya adalah terbatas, peminatnya tidak selalu ada dengan memetik jari sahaja, malah nilainya mungkn menyusut akibat caj pengurusan, cukai-cukai, upah broker, inflasi, dan pelbagai caj lagi. Untungnya, apabila anda ada emas, dengan mudah anda boleh mencairkannya di mana-mana sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia sekali pun. Terdapat permintaan yang sangat tinggi terhadap emas di mana-mana. Kedai-kedai emas, institusi pajakan, peminat-peminat emas, pengumpul koleksi emas, wakil-wakil bank tertentu dan ramai lagi

4. Menguntungkan (Profitable)
Keuntungan dari simpanan emas sesungguhnya tidak perlu diperdebatkan lagi. Ini kerana, tidak ada pelaburan lain, yang cukup selamat dan kurang risikonya, tetapi mampu memberikan pulangan yang sangat lumayan setiap tahun. Pelaburan emas secara puratanya memberikan antara 15 – 35% kadar keuntungan setahun bergantung kepada spread emas yang anda beli.


5. Mudah Dipindahkan (Portable)
Sekiranya anda ingin memindahkan wang kertas RM160,000 dari satu tempat ke tempat yang lain, sudah tentu anda akan memerlukan satu beg yang besar untuk mengisinya. Biasanya dipaparkan dalam drama-drama atau filem, pertukaran barang dan wang dalam jumlah yang banyak dilakukan, dengan meletakkan duit tersebut dalam sebuah ‘briefcase’. Sungguh mencurigakan dan tinggi kebarangkalian untuk anda diragut atau dirompak bukan?! Namun, jika anda membawa RM160k dalam bentuk emas, iaitu 1kg jongkong emas, anda mungkin meletakkannya dalam poket anda sahaja tanpa orang menyedarinya ke sana sini dengan selamat.

6. Tahan Lama (Durable)
Rumah, kedai, bangunan, hartanah, kereta, surat-surat berharga, lukisan seni, wang kertas dan sebagainya akan mudah terbakar, terendam air atau musnah dalam bencana alam dengan begitu sahaja. Dengan itu, nilainya juga akan hilang sama sekali. Sebaliknya, emas yang tahan terhadap segala keadaan cuaca, anti karat, air bahkan api sekalipun hanya melebur sahaja pada suhu yang tinggi (di atas 1083 darjah celcius), emas tetap logam mulia dan tetap bernilai hanya bentuknya saja berubah setelah kembali sejuk dan mengeras. Nilainya emas terus ada sampai bila-bila.

7. Hak pemilikan dan Pengelolaan sendiri (Ownership & Stewardship)
Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga. Sama ada anda menyimpannya dirumah atau di peti simpanan(safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu. Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan. Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, disaat anda memerlukan, kerana tidak mudah dicairkan. Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah.

8. Sangat peribadi (Total Privacy)
Aset dalam bentuk properti yang lain seperti akaun simpanan bank, amanah saham, bon, saham, insurans, rumah, bangunan, tanah, dan sebagainya, malah akaun simpanan emas seperti Public Bank GIA atau Maybank GSPA sekalipun akan dapat diketahui, dikesan, direkod dan dinilai oleh pihak lain. Pihak BNM, jabatan audit negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lagi mampu mendapatkan jumlah kekayaan sebenar seseorang itu melalui pelbagai cara. Tambahan pula, di era digital money dan jaringan jalur lebar ini, semuanya hanya beberapa saat sahaja. Maka, dengan itu, gerakan freemason dan sistem kewangan yahudi yang sememangnya ingin memerhati dan mengawal ekonomi setiap individu di dunia ini adalah satu matlamat yang telah tercapai. Dengan mengenakan tekanan ekonomi yang hebat bagi melemahkan gerakan penentang mereka menjadi satu perkara yang sangat mudah bagi mereka yang sedia ada mengawal bank-bank pusat dunia, IMF dan Federal Reserve.Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA). Walaupun spreadyang kecil, tetapi, anda tidak boleh melihat, pegang, atau memajaknya.
Public Bank Gold Investment Account (GIA) merupakan produk yang sama seperti Maybank GSPA. Tidak boleh dijual pada bila-bila masa yang anda mahu.
Namun, pemilikan emas anda adalah suatu yang peribadi. Jumlah kekayaan anda, hanya anda sahaja yang tahu. Berapa gram atau kilogram emas yang anda miliki bukanlah pengetahuan umum, kerana komoditi emas adalah logam pemilikan bebas.Tiada undang-undang yang melarang anda untuk memilikinya seberapa banyak mana sekalipun. Jadi tidak ada siapa yang tahu jumlah sebenar gram yang anda simpan, apatah lagi pihak bank dan kerajaan, kecuali anda menceritakannya pada umum.

9. Risiko rendah (Low Risk)
Dalam jangkamasa panjang, boleh dikatakan risiko melabur dalam emas adalah sangat kecil dan lansung tiada. Anda mungkin hanya perlu membiayai caj simpanan di safety deposit box sahaja sebagai beban tahunan. Memanglah ada masa dan ketika harga emas jatuh sedikit pada jangkamasa pendek dan sederhana, namun, jika dilihat pada rekod, harga emas setiap tahun tidak pernah jatuh, malah melonjak ke paras harga yang lebih tinggi. Tahun ini sahaja, emas telah mencatatkan kenaikan untuk lebih 34%. Jadi risikonya hanya melibatkan sama ada kehilangan, kecurian atau rompakan sahaja, di mana kebarangkaliannya adalah sangat kecil.
p.s: risiko rompakan terhadap apa benda dan aset kita sekalipun adalah perkara yang tidak boleh diketepikan. Begitu juga wang kertas yang tambahan pula terdedah pada risiko terbakar, bencana alam & sebagainya.

10. Bebas Cukai & Caj Pengurusan (Tax & Admin Free)
Aset hartanah, saham, bon, bangunan dan lainnya akan dibebankan dengan pelbagai cukai dan caj pengurusan rutin. Cukai pintu, pendapatan, perkhidmatan, perniagaan, dan banyak lagi. Jadi, semakin banyak aset anda, maka semakin tinggi pula kos pembiayaan yang yang membebani kewangan anda. Itu belum dikira kos baikpulih, kos maintainence, penyusutan nilai harta dan juga kos-kos biaya yang tak terduga. Namun tidak pada Emas, If you choose fine gold, fee become free..!
Pemilikan aset seperti hartanah adalah wajib dikenakan cukai dan sekiranya anda tidak menjelaskannya, tindakan undang-undang seperti kompoun, penyitaan, pindah milik atau dipenjarakan mungkin terjadi.

11. Keindahan dan Kebanggaan (Beauty & Pride)
Kilauan kuning keemasan telah mewarnai sejarah umat manusia, sebagai lambang kemakmuran, kejayaan, kekayaan, kehormatan, kemurnian dan keindahan yang bernilai seni tinggi pada berbagai bentuk perhiasan, artifak, syiling, jongkong, peralatan dan perlengkapan yang dapat dijadikan sebagai collector items. Dengan memiliki emas, anda akan dapat menikmati sendiri aset dan pemilikan sendiri yang mutlak dengan rasa bangga dan puas. Aset ini kemudiannya dapat diwariskan pula.


Seronok kan bila dengar tentang kelebihan dan keuntungan simpanan emas? Rasa tak sabarkan rasanya nak membuat simpanan emas? TAPI kita kena ingat, benda yang diciptakanNYA banyak kelebihan semestinya ada PERKARA YANG WAJIB yang perlu kita laksanakan...untuk keberkatan DUNIA dan AKHIRAT

Firman Allah s.w.t:
“Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu” (Surah At-Taubah: 34-35)





Selasa, 8 November 2011

Berita Emas November 2011. Boleh cecah 2000 usd/oz ke...?

LONDON (komoditi Online): Jika kadar faedah AS kekal rendah, Gold akhirnya boleh capai lebih daripada 2,000 auns, kata Deutsche Bank.Bank itu melihat  emas sebagai  logam berharga yang pada masa ini yang paling berdaya tahan,dalam masa yang sama pertumbuhan ekonomi global di bawah tekanan.
“Kami melihat perlindungan ekor-acara seperti pecah zon euro sebagai mengekalkan permintaan bagi sektor swasta emas.  Menariknya, walaupun terdapat peningkatan yang kukuh dalam harga emas tahun ini, keuntungan harga emas telah berada di bawah  berbanding dengan paras AS kadar faedah sebenar.
Analisis Deutsche Bank menunjukkan bahawa sejak tahun 1970, apabila kadar faedah sebenar Amerika Syarikat telah jatuh di bawah tolak 3%, harga emas telah biasanya meningkat sebanyak purata setahun  40% . “Atas dasar ini, jika kadar sebenar kekal pada paras semasa tertekan, ia akan membayangkan satu langkah di atas USD2, 000/oz hanya menunggu masa,” kata wakil Deutsche Bank.
By Allen Sykora of Kitco News; asykora@kitco.com Oleh Allen Sykora Kitco News; asykora@kitco.com


Khamis, 3 November 2011

Harga Kedai Emas FGJAM

03/11/2011
Berikut ialah harga barang kemas yang terkini di kedai2 emas yang mengikut harga FGJAM ini :
Federation Of Goldsmiths & Jewellers Association Of Malaysia
999 Gold : RM208.00/gm
916 Gold : RM197.00/gm
835 Gold : RM181.00/gm
750 Gold : RM163.00/gm
375 Gold : RM88.00/gm

Kos Menunaikan Haji Guna Dinar Emas Menurun Setiap Tahun. Apa Tandanya?



Tahukah anda kos menunaikan haji jika menggunakan dinar semakin berkurangan?kenapa? Apa maknanya?..jom kita renungi carta dibawah...
Sesiapa yang ada niat nak tunaikan haji,bolehlah mula menyimpan dinar mulai sekarang.

Tahun 2002 – 1 Dinar = RM 140.00, perlu 72 Dinar
Tahun 2003 – 1 Dinar = RM 168.00, perlu 60 Dinar
Tahun 2004 – 1 Dinar = RM 202.00, perlu 50 Dinar
Tahun 2005 – 1 Dinar = RM 242.00, perlu 42 Dinar
Tahun 2006 – 1 Dinar = RM 290.00, perlu 34 Dinar
Tahun 2007 – 1 Dinar = RM 348.00, perlu 29 Dinar
Tahun 2008 – 1 Dinar = RM 418.00, perlu 23 Dinar
Tahun 2009 – 1 Dinar = RM 502.00, perlu 20 Dinar
Tahun 2010 – 1 Dinar = RM 645.00, perlu 15 Dinar
Tahun 2011 – 1 Dinar – RM 825.00, perlu 13 Dinar

Jika anda menyimpan wang kertas,anda harus menambah simpanan wang kertas anda dari semasa ke semasa kerana kos yang meningkat. hajat tinggal hajat je la..sebelum terlambat dan terlelap utk selamanya..bermula dari sekarang!..fikir-fikirkan lah!

"SELAMAT MENYAMBUT IBADAH QURBAN"  
`keberkatan rezeki berpunca daripada sumber yang halal...'