PRODUK TERBARU!

Khamis, 14 April 2011

Harga Emas Melonjak!

Harga Emas Melonjak Naik

LONDON - Harga emas melonjak naik ke tahap tertinggi melebihi USD1,470 (RM4,445) bagi setiap auns (31.10gram) manakala harga perak pula mencecah USD40 (RM120.96) ketika para pelabur mula mencari jalan selamat berikutan kebimbangan faktor dolar yang lemah, inflasi tinggi, kekacauan di Asia Barat dan hutang di negara zon Eropah.

Harga komoditi berharga itu mencecah USD1,473.07 (RM4,454.56) bagi setiap auns di pasaran London Bullion, meneruskan lagi peningkatan harga pada minggu ini.

Pada masa yang sama, harga perak mencatat rekod tertinggi dalam tempoh 31 tahun dengan harga USD40.27 (RM121.77) setiap auns.

"Kenaikan harga material berharga itu didorong oleh dolar AS yang lemah dan risiko inflasi. Sebahagiannya disebabkan oleh harga minyak yang tinggi", jelas penganalisis Commerzbank dalam satu nota penyelidikan kepada para pelanggannya.

Emas yang menjadi penarik utama kepada pelabur dan pembeli barang kemas disifatkan sebagai pelaburan terbaik ketika ketidaktentuan ekonomi serta politik sekarang.

Ia juga memperoleh sokongan padu pada minggu ini apabila Portugal yang dibelenggu hutang, menghantar satu permohonan rasmi pinjaman berjumlah berbillion dolar kepada Kesatuan Eroph (EU). - AFP

Petikan KOSMO 9 April 2011