PRODUK TERBARU!

Apa Itu Teknik ArRahnu?

TEKNIK GADAIAN DI AR-RAHNU
PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL


1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu.
    Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut  
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali
    kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal.
    Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti
    RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas
    naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus
    emas di dalam Ar-Rahnu.
    Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama.
    Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi
    boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

Peringatan:-
.
1. Teknik ini adalah panduan semata-mata berdasarkan pengalaman saya. Setiap orang akan mendapat hasil yang berbeza-beza bergantung kepada entry point anda, keadaan harga pasaran emas, tempoh masa dan membuat teknik ini, exit point dan pengalaman anda sendiri.

2. Kebaikan teknik ini adalah anda akan dapat jumlah simpanan emas yang banyak dan jika berlaku kenaikan pada harga emas, anda boleh membuat overlapping dan mendapat keuntungan daripada sistem ini...Namun perlu diingat sekiranya tersalah catur...rugi anda nanti...elakkan. 

 3. Pastikan anda mendapatkan maklumat yang lengkap tentang sistem Arrahnu ini sebelum berurusan dengan pihak bank. Pastikan juga mendapatkan maklumat daripada pihak Arrahnu mengenai upah simpan, jumlah % peratusan pinjaman dan tempoh gadaian, memandangkan setiap bank / tempat pajakan yang lain menawarkan pakej yang berlainan.. 

3. Adalah digalakkan sekiranya anda mempunyai pendapatan sampingan atau menjalankan perniagaan. Keuntungan daripada hasil perniagaan dapat digunakan untuk menebus kembali emas anda tanpa menjual semula baki simpanan emas anda ditangan. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu mengejar harga semasa untuk membuat pembelian seterusnya kerana rate dan pinjaman bank (Arrahnu) adalah tetap walaupun harga melonjak naik.

4.  Sekiranya harga emas tidak mengalami kenaikan, anda dinasihatkan membayar upah simpan untuk menyambung tempoh gadaian tersebut. Mungkin anda terasa rugi kerana membayar upah simpan sedangkan anda tidak boleh membuat overlapping..Namun perlu diingat emas dan jumlah  baki % adalah milik anda. sekiranya berlaku kenaikan, anda berpeluang untuk membuat overlapping dan kemungkinan melebihi daripada jumlah modal yang anda keluarkan untuk membayar kos sambung gadaian..so tiada apa yang rugi sebenarnya..cuma perlukan teknik dan masa yang sesuai.

5. Bila cukup masa sesuai, (harga emas semasa melebihi daripada  harga pembelian anda), anda boleh menjual semula kepada syarikat atau pengedar sah, atau orang perseorangan dengan harga semasa dan mengambil semula baki keuntungan selepas membayar upah simpan dan pinjaman di Arrahnu...Adalah digalakkan anda menyimpan emas daripada Wang Kertas memandangkan ia adalah logan yang bernilai sepertimana yang telah disebut didalam hadis ~
"ALLAH SWT jadikan DUA logam yang bernilai (EMAS DAN PERAK) sebagai pengukur kepada barangan dagangan.Logam ini seringkali dijadikan ukuran KEKAYAAN seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri, akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan EMAS DAN PERAK. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran, sedangkan EMAS dan Perak tidak ." - IBNU KHALDUN - 
 
 

Teknik Ar-Rahnu dalam Pelaburan Emas
Kesedaran masyarakat hari ini terhadap pelaburan emas semakin meningkat. Ramai sudah mengetahu kenapa mereka harus menyimpan emas. Ada yang menyimpan emas dalam bentu fizikal dan ada juga yang mula melabur dalam akaun simpanan emas.

Salah satu keistimewaan emas fizikal (jongkong emas) adalah ianya boleh di Ar-Rahnukan (Ar-Rahnu ialah sistem gadaian Islam). Ia membolehkan kita meminjam wang daripada institusi Ar-Rahnu dengan menyandarkan emas milik kita. Nilai maksima pinjaman yang diberikan ialah 65% – 75% daripada nilai emas yang kita pajakkan.

Ilustrasi di bawah akan di tunjukkan bagaimana membuat keuntungan dari pelaburan emas dan menggunakan Ar-Rahnu untuk menggandakan keuntungan tersebut.

Ilustrasi 1

Andaian

Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikan emas: 10% selama 6 bulan

Teknik Ar rahnu 4 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas

Jika anda mempunyai jongkong emas bernilai RM20,000 dan anda menggadaikan ke Ar-Rahnu, pinjaman yang anda perolehi ialah sebanyak 70% dari nilai emas tersebut iaitu RM14,000 dengan upah simpan sebanyak RM840 selama enam bulan. Dan wang tersebut kesemuanya terus digunakan untuk membeli emas fizikal lagi dan anda membuat gadaiaan ke 2 sehingga lah gadaian ke-6.

Dalam tempoh 6 bulan, jika kenaikkan emas ialah sebanyak 10% (untuk rekod, kenaikan emas 2010 melebihi 25%), anda telah membuat keuntungan sebanyak RM3,412. Jika anda tidak menggadaikan langsung pembelian pertama anda, anda hanya untung RM1,000 dalam masa 6 bulan.

Jadi jelaslah bahawa teknik Ar-Rahnu ini mampu menggandakan keuntungan anda pada kadar kenaikkan emas 10%.

Ok, bagaimana pula jika emas naik hanya 5%? Mari kita lihat ilustrasi 2.

Ilustrasi 2

Andaian

Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar kenaikkan emas: 5% selama 6 bulan

Teknik Ar rahnu 11 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas

Jika kenaikkan emas hanya 5%, anda akan untung hanya RM471. Jika anda tidak menggunakan Ar-Rahnu dan menyimpannya sahaja keuntungannya lebih besar iaitu RM1,000 (Kenaikan emas pada gadaian 1 jika anda tidak menggadaikannya).

Macammana jika emas mengalami penurunan harga? Mari lihat ilustrasi 3

Ilustrasi 3

Andaian

Nilai emas: RM20,000
Pinjaman: 70%
Kadar upah: 70 sen setiap RM100 nilai emas
Tempoh matang : 6 bulan
Kadar penurunan emas: 5% selama 6 bulan

Teknik Ar rahnu 2 Teknik Ar Rahnu dalam Pelaburan Emas

Jika emas jatuh sebanyak 5%, kerugian anda akan berganda-ganda. Daripada kerugian sepatutnya sebanyak RM1,000 diatas penurunan harga emas, anda sudah kerugian RM5,412 jika anda menggunakan teknik tersebut.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, jika harga emas mengalami kenaikan harga melebihi dari kos simpan tersebut iaitu dalam lingkungan 8%, anda boleh menggunakan teknik Ar-Rahnu. Tetapi siapa yang boleh buat andaian yang tepat? Inilah risiko yang terpaksa pelabur-pelabur emas hadapi jika anda ingin melabur dalam emas.

Untuk rekod, ramai yang telah berjaya membuat keuntungan menggunakan teknik ini sebelum ini kerana kenaikkan emas setahun melebihi 25%. Anda boleh mengenai Kenaikan Harga Emas 2010.

Apa yang penting, anda perlu bijak merancang. Harga emas mempunyai masa turun dan naik. Jika tepat membuat pelaburan anda akan perolehi keuntungan, jika tidak anda kerugian.

Ramai juga yang mengunakan Ar-Rahnu pada gadaian pertama sahaja. Duit pinjaman yang di perolehi di gunakan untuk membuat pusingan modal dalam perniagaan emas atau pun menyimpan sahaja di dalam pelaburan-pelaburan yang lain seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) ataupun perniagaan-perniagaan lain. Anda yang tentukan.