PRODUK TERBARU!

Khamis, 9 Ogos 2012

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 2012

Nampaknya tahun 2012 ramai orang bercerita tentang emas sekarang...Banyak sumber diperolehi drp internet..ada yg bercerita tentang pelaburan emas..antara yang popular ;-
- labur awal tahun dapat dividen akhir tahun..last2 duit hilang emas entah kemana...
- dengar citer orang terus je beli tanpa ada usul periksa..last2 bila nak gadai untuk pakai duit..emas palsu!
- buat teknik arrahnu. Bila harga rendah terus terikat untuk tebus..last2 emas kena lelong..aduhhh!!
- dengar citer emas boleh untung. bila ada tawaran dgn harga rendah terus je beli dengan semua duit yang ada..last2 bila harga tgh rendah tak leh jual bila nak pakai duit!
- masuk Forex emas..ilmu cetek dan terpedaya promosi besar-besaran internet. tak kena cara terus duit `flush' dan zero sekelip mata!!..hukum syarak dah kata haram tapi nak buat jugak!

Tak terkecuali juga, bank-bank komesial sekarang dah promosi besar-besaran tentang akaun emas..iklan kat tv pun tak habis2 dengan ganjaran emas..promosi sana sini. Tapi adakah kita sedar atau tak sedar? tepuk dada tanya selera..

Jadi bagaimana nak pastikan kaedah dan teknik simpanan emas yang betul? supaya tidak tertipu? tidak rugi?tidak membebankan?

Mudah sahaja!..ikut cara fikiremas

1) Beli bila ada wang
- Jangan gunakan duit perbelanjaan untuk membuat simpanan emas. SEBABNYA?..kehidupan seharian memerlukan wang fiat. gunakan wang simpanan yang betul2 tidak digunakan atau simpanan jangka masa panjang. Rancang dengan bijak..kena bezakan simpanan tetap, simpanan kecemasan dan simpanan perbelanjaan. Bagi yang berniaga gunakan keuntungan perniagaan untuk menyimpan dalam bentuk emas. 1gram @ 10gram @ 1 Dinar sebulan pun sudah memadai..sikit-sikit lama lama berbukit-bukit

2) Beli semasa harga murah
- Untuk mulakan sesuatu simpanan, lebih baik bermula dengan awal tahun. SEBABNYA? bila ada kenaikan atau penurunan harga emas anda dapat lihat % pasaran semasa..bila harga tengah rendah..cepat2 rebut peluang (seperti harga sekarang!..pasaran emas tidak menentu dan trendnya menurun..)..Ramai yang takut bila harga jatuh sedangkan masa nilah sesuai untuk membeli..harga rendah..duit jimat..gram lebih...tapi kita lupa pada tokey2 atau pemborong emas sedang rancak memborong. di awal tahun dan harga tengah rendah untuk di jual pada musim perayaan / harga melambung tinggi..jadi..Yang kaya bertambah kaya lah jawabnya...fikir-fikirkan lah...

3) Beli Secara Konsistan
- Ramai yang tak sedar akan kelebihan simpanan emas..duit gaji, bonus, duit overtime dan lebihan pendapatan di salurkan kepada gajet2 terkini, pakaian yang branded2, beg dan kasut yang mahal, aksesori kenderaan dan sebagainya. Up to date la katakan..sedar tak sedar duit dlm kocek kosong!...jadi buat perubahan pada diri dan ekonomi anda..Apakata tetapkan target atau cita-cita untuk membuat simpanan emas sikit demi sedikit setiap bulan..sebagai contoh bermula 1 gram atau 1 dinar sebulan. ikut kemampuan dan keselesaan ekonomi..Insyaallah...bukan stakat nak up to date je..nak kawen mengejut pun boleh..jadikan ia sebagai hantaran...Sudah terbukti! beberapa pelanggan fikiremas yang bermula dengan 1gram sebulan. sikit demi sedikit perubahan pada diri dan ekonomi mereka. Alhamdulillah...

4) Beli Demi Masa Hadapan
- Trend orang sekarang..simpan duit dlm ASB, Insurans, Tabung Pendidikan demi masa depan untuk anak-anak. bila anak meningkat dewasa dan melanjutkan pelajaran dah ada duit simpanan..PERSOALANNYA adakah yuran atau taraf hidup anak-anak kita sama dengan hari ini?adakah yuran pengajian mereka 15 tahun akan datang masih sama seperti hari ini?

Tetapkan target simpanan setiap anak anda.Contohnya anda ada 2 orang anak dan ingin kan setiap seorang dari mereka mempunyai simpanan emas sebanyak 150g bila dah berumur 18 tahun nanti.Kiraannya begini:

Umur anak sekarang : 3 tahun
18- 3 = 15 tahun
150g / 15 tahun = 10g setahun
Jadi,untuk capai target tersebut anda harus simpan 10g setahun untuk anak anda tersebut.Ini adalah contoh pengiraan dan anda harus mengira mengikut target anda sendiri dan umurnya.

Anda juga boleh rancang simpanan emas untuk pendidikan anak anda.Katakanlah kos sekarang untuk sambung belajar ke IPT adalam RM30k,maybe menyimpan 150g seorang sudah mencukup untuk menanggung kos tersebut nanti.Harga 100g emas 24 sekarang RM190+ dan sudah mencecah lebih RM200+ tempoh hari.Dijangkakan harga emas akan sampai kemuncak pada tahun 2012 atau 2015.Pada masa itu,harga emas akan menjadi terlalu mahal dan hanya mampu dibeli oleh orang-orang kaya.

2. Simpan 100g atau 15 keping dinar jika anda ingin menunaikan haji.
3.Simpan untuk diri sendiri dan niat juga untuk diinfakkan sebahagiannya mengikut kemampuan anda.

4.Simpan 100g untuk kos perkahwinan dan dinar boleh dibuat hantaran.Nilai hantaran bakal isteri anda makin lama makin naik.

 5) Beli dengan ILMU
- Ramai yang terpedaya sendikit emas palsu..terpedaya dengan skim pelaburan yang akhirnya merugikan. Ada yang mengambil jalan pintas untuk kaya cepat!..akhirnya dari biasa terus ke papa kedana. terpegaruh dengan trend sekarang, ramai berpusu-pusu membeli emas tanpa usul periksa. dari mana datangnya emas?dengan siapa berurusan?tiada pengesahan ketulenan?tiada sijil?dari pihak ketiga?..Oleh itu jangan terpedaya dengan janji-janji manis seseorang yang anda belum kenal..Faham dulu konsep simpanan emas. buatlah kajian dan penelitian melalui sumber-sumber yang sah supaya anda tidak tertipu..INGAT! EMAS TIDAK BOLEH MEMBUATKAN ANDA KAYA DENGAN SERTA MERTA TETAPI IA BOLEH MENGELAKKAN ANDA DARI TERUS MISKIN..fikir-fikirkanlah!

Bermulalah sekarang,walaupun dengan 1 dinar atau 1 gram!